Sabah raih kemenangan pertama dalam jelajah pra musim di Filipina

Skuad Tambadau raih kemenangan pertama dalam jelajah pra musim di Filipina apabila mereka menewaskan Kaya FC Iloilo, 2-0 semalam sebagai persediaan menghadapi saingan Liga Super musim ini.

Dua jaringan daripada pemain skuad kebangsaan iaitu Arius Dius dan Azzizan Nordin memastikan Sabah mencatat kemenangan pertama sebelum bertemu Stallion Laguna FC dua hari kemudian (23 Januari).

Perlawnan itu juga menjadi medan untuk menguji keserasian antara pemain tempatan dengan dua pemain import baharu yang dibawa masuk iaitu Dennis Buscheing dan Hector Omar Ramos.

“Ini adalah ujian terbesar pertama pasukan dalam persiapan musim ini. Saya percaya dua perlawnan ini akan memberi tambahan idea yang lebih baik kepada barisan jurulatih memantapkan lagi pasukan.

“Kami mungkin akan membawa 22 pemain ke perlawnan itu termasuk dua calon import yang kini dalam proses akhir menyarung jersi Tambadau musim ini,” kata pengurus pasukan, Henry Saimpon.

Dennis ialah pemain kacukan Thailand-Jerman yang bermain di posisi sera.ngan dan pernah beraksi di liga Jerman serta Thailand.

Ramos pula ialah bekas penye.rang Sabah yang lebih dikenali sebagai Pito pada 2018. Penye.rang dari Puerto Rico itu menyumbangkan 20 gol dalam 18 penampilan bersama Sabah.

Dua lagi import Sabah ialah penye.rang dari Serbia, Rodoljub Paunovic dan pertahanan dari Korea Selatan, Park Tae Su, kedua-duanya dikekalkan dari skuad musim lalu.

“Dua perlawa.nan di Filipina nanti juga ujian baik buat pasukan kita kerana pasukan la.wan turut dibarisi ramai pemain import,” kata Henry yang juga Naib Presiden Persatuan BolaSepak Sabah (SAFA).

FOTO: FA Sabah

 

Sabah yang akan beraksi dalam saingan Liga Super musim ini dibimbing ketua jurulatih dari Indonesia, Kurniawan Dwi Yulianto. Sabah kembali ke saingan utama bolasepak negara itu selepas muncul juara Ligaa Premier musim lalu.

Sabah akan memulakan cabaran Liga Super musim ini menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium BolaSepak Kuala Lumpur, Cheras pada 1 Mac.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*