Zainal belum puas hati dengan aksi Melaka United

Perlu lebih mantap.

Itulah yang dimahukan oleh ketua jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan kepada pasukannya selepas beberapa aksi persahabatan pramusim ketika ini.

Baru mendapatkan bekas penye rang Haiti, Sony Norde, Zainal mahu kesemua pemainnya menunjukkan aksi lebih baik ketika berdepan Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada hari Khamis ini. MU sebelum ini mencatat kemenangan 2-0 ke atas UKM di Stadium Hang Jebat pada minggu lalu, tetapi persembahan pasukannya itu belum cukup untuk memuaskan hati Zainal.

Norde yang baru menyertai pasukan setakat ini masih dalam proses mencari keserasian bersama rakan sepasukannya dan Zainal berharap pemain itu akan mula menunjukkan bisanya ketika aksi pra musim di Bandung nanti.

“Apapun, bukan setakat Norde malah saya mahu semua pemain memberikan yang terbaik dalam perlawnan berkenaan tambahan keserasian pada perlawnan bertemu UKM masih belum memuaskan.” kata Zainal seperti dilaporkan Harian Metro. 

Melaka United akan berangkat ke Bandung pada 28 Januari ini. Mereka dijadualkan akan beraksi menentng Persib Bandung, Bandung United dan Persita Tangerang.

Skuad Zainal Abidin Hassan akan memulakan kempen Liga Super menentng pendatang baru liga, UiTM FC di Shah Alam pada 29 Februari sebelum berdepan satu lagi pasukan yang naik dari Liga Premier, PDRM pada 6 Mac nanti.

 

Kredit foto: Melaka United

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : foxsports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*