Man United berhak menang kerana lebih baik dari Liverpool – Matic

Nemanja Matic percaya Manchester United adalah pasukan yang lebih baik daripada Liverpool semasa kekalahan 2-0 mereka di Anfield pada hari Ahad.

Liverpool menang 2-0 ke atas Manchester United. Dua gol Liverpool adalah menerusinya Virgil van Dijk dan Mohamed Salah.

Anthony Martial memiliki peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan.

Matic tanpa rasa ragu melabel Manchester United pasukan yang lebih baik dan seharusnya menang perlawnan itu. Dan merasakan Liverpool hanya bernasib baik menang dalam aksi itu.

Pemain antarabangsa Serbia itu memberitahu MUTV: “Di atas padang, kami merasakan kami pasukan lebih baik.”

“Kami berada di dalam permainan, kami dapat peluang mencetak gol, dan kami boleh mencipta beberapa peluang gol.

Matic merasakan pasukannya lebih baik dalam perlawnan ini hanya kerana mereka lebih baik dalam 35-40 minit.

“Saya rasa kami bermain bolasepak yang bagus. Dalam 35 hingga 40 minit terakhir, kami adalah pasukan yang lebih baik daripada mereka.”

“Tetapi sukar. Jika anda tidak dapat menjaringkan gol terhadap pasukan seperti mereka, maka sukar untuk anda mendapatkan mata atau menang.

“Saya fikir semua orang di atas padang dari pasukan kami, merasakan bahawa pasukan kami mengawal perlawnan.”

“Kami mengawal perlawnan sepenuhnya. Jadi itulah model permainan bagaimana kita harus sentiasa bermain menentng pasukan besar.”

Liverpool memiliki enam percubaan tepat ketika perlawnan itu. Dua gol mereka dibatalkan VAR. Dan Man United gagal mencipta sebarang percubaan hampir 40 minit.

Ianya menyokong kenyataan Ole yang menyatakan mereka berhak menang. Tetapi Ole faham Liverpool pun nak claim mereka berhak menang.

Malah Ole menyifatkan Liverpool pasukan yang hanya tahu bermain long ball dan direct. Tak sedap permainan mereka.

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer telah mengeluarkan satu kenyataan yang mengejutkan.

Ole Gunnar Solskjaer ternyata tidak gembira dengan corak taktikal Liverpool yang menurutnya, Liverpool pasukan paling direct dan kaki long ball.

“Tidak penting, sama ada keputusan hari ini mencerminkan ia keputusan yang adil atau tak, mereka menang, “katanya kepada pemberita selepas perlawnan.

“Kami mempunyai peluang dan mereka mempunyai peluang, tapi kami mempunyai beberapa peluang besar dalam perlawnan ini. Cuma Liverpool pasti akan mengatakan mereka berhak menang.”

“Mereka adalah pasukan paling direct di dalam liga ini. Mereka meletakkan anda di bawah tekanan yang sangat banyak.”

“Dan saya fikir pemain pertahanan dan pemain tengah kami telah mengawal keadaan dengan baik.”

Ole kemudian menyatakan aksi mereka semalam lebih baik daripada aksi Manchester United tahun lalu ketika berkunjung ke Anfield.

“Beza 30 mata? Mereka mengukuhkan penguasaan mereka dalam perlawnan. Mereka pasukan paling direct. Pasukan long ball dan second ball. Mereka tidak bermain terbuka.”

“Namun aksi kami hari ini lebih baik daripada tahun lau.”

“Apabila bola lambung dihantar pergi untuk Mane, Salah dan Firmino, maka sangat sukar untuk kami mengekangnya. Ini kerana mereka selalu masuk dari bahagian belakang.”

“10-15 minit terakhir kami benar-benar menekan mereka kembali. Dan ia membuat mereka kelihatan letih dan kami kelihatan sangat selesa dengan penguasaan bola.”

“Kami kelihatan kuat. Tetapi kita tidak mempunyai kualiti penyudah. Apabila anda tidak mempunyai kualiti penyudah dan hantaran akhir, maka anda tidak akan mendapat apa-apa dari tempat seperti ini. ”

“Setiap kali bocor daripada set-pieces, kami akan berasa teruk. Gol pertama itu berlaku, kerana kami tidak seperti yang kami rancang.”

“Anda perlu menutup ruang untuk Virgil kerana dia adalah salah satu sasaran utama bola set peices. Apabila dia mendapat larian yang bebas, ia tidak mudah untuk mengekang beliau.”

Komen Ole itu telah menimbulkan persoalan daripada ramai pihak. Inilah pertama kali ada pengurus yang menvduh Liverpool kaki long ball dan pasukan direct.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : sukan.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*