United berada di landasan betul – Solskjaer

MANCHESTER, United Kingdom: Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer berbeza pendapat dengan bekas rakan sepasukan, Gary Neville dengan berkata hari ini bahawa United berada di “landasan yang betul.”

Pengkr1tik TV yang lantang, Neville berkata selepas kekalahan 2-0 United di tangan Liverpool awal pagi Isnin lalu yang meletakkan Red Devils 30 mata di belakang pencabar Liga Perdana disebabkan masalah kelab.

Bekas kapten United itu menyalahkan masalah itu berpunca daripada pemilihan pemain dilakukan ketua eksekutif, Ed Woodward.

Namun ketika United masih di kedudukan kelima liga dan layak dalam saingan merebut tiga piala, Solskjaer percaya ini bukanlah masa untuk memulakan permainan menyalahkan orang lain.

“Kami baharu saja tewas kepada Liverpool, yang anda semua kata menakjubkan dan kami bertarung hingga sepa kan bola terakhir,” katanya sebelum pertembungan dengan Burnley awal pagi Khamis ini.

“Bagi saya, itu adalah bergerak ke depan.

“Ada petanda di situ bahawa kami berada di landasan yang betul, ia jelas. Bagi saya ia bukanlah masa untuk bercakap mengenai pembelian pemain.

“Kami sentiasa cuba memperbaiki skuad, jadi Gary ia bukanlah masa untuk membincangkan perkara itu.”

 

Sumber: AFP

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*