Kelab Iran mahu tarik diri daripada AFC Champions League 2020?

Konfederasi BolaSepak Asia (AFC) kelmarin telah mela.rang kelab Iran daripada menganjurkan perlawnan AFC Champions League di halaman sendiri kerana 1su keselamatan yang belum terjamin.

AFC mengambil tindakan itu selepas mengikuti perkembangan kon.flik pepe.rangan AS-Iran Pesawat yang berlaku sejak minggu lepas sehingga menyebabkan kapal terbang milik syarikat penerbangan Ukraine terhem.pas di barat daya Tehran dan membu.nuh semua 176 penumpang serta kru pada 8 Januari 2020.

Na.has berlaku beberapa jam selepas Iran melancarkan sera.ngan pe.luru berpandu ke atas pasukan Amerika Syarikat (AS) di Iraq, sekali gus menimbulkan spekvlasi ia ditem.bak dan ruang udara Iran tidak selamat untuk dilalui.

Keputusan AFC itu didedahkan oleh wartawan dari Arab Saudi, Waleed Al-Farraj menurut laporan daripada Al-Arabiya.

“Menurut sumber yang boleh dipercayai, AFC akan segera mengeluarkan keputusan mengha.ramkan kelab Iran untuk menjadi tuan rumah pertandingan Liga Juara-Juara AFC atas sebab-sebab keselamatan,” kata al-Farraj.

Beliau menambah, kelab Iran sepatutnya bermain di stadium”neutral” pada perlawnan kelayakan pusingan kedua yang berlangsung semalam kerana 1su keselamatan. Namun, keputusan AFC itu menimbulkan kema.rahan penyokong dan mengundang banta.han daripada pegawai pasukan.

Oleh sebab itu, perlawnan di antara Shahr Khodro FC menentng Al Riffa dan Esteghlal FC menentang Kuwait SC terpaksa ditunda ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Selain Shahr Khodro dan Esteghlal FC, kelab Persepolis dan Sepahan turut bertanding dalam saingan AFC Champions League 2020. Mereka diundi dalam kumpulan A dan B.

Mereka turut mengugut untuk menarik diri daripada bertanding dalam saingan kelab Asia itu dan akan membuat aduan rasmi kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan terhadap AFC.

Wakil daripada Persekutuan BolaSepak Iran (FFIRI), Amir Mahdi Alavi mengesahkan perkembangan itu dan berkata pihaknya akan bertolak ke Kuala Lumpur malam ini untuk berbincang mengenai 1su tersebut di pejabat AFC, Bukit Jalil.

Ia turut mendapat sokongan daripada Menteri Belia dan Sukan Iran, Masoud Soltanifar.

“Pemangku setiausaha agung FFIRI, Ibrahim Shakouri bersama pengurus pasukan Persepolis, Sepahan, Esteghlal dan Shahr Khodro akan meninggalkan Tehran pada malam ini untuk menuju ke Kuala Lumpur.

“Perjumpaan akan diadakan di pejabat AFC pada hari khamis untuk berbincang mengenai 1su tersebut bersama Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John,” katanya dalam Tehran Times.

Wakil daripada 4 kelab itu turut menghantar surat rasmi kepada Presiden AFC, Sheikh Salman Bin Ebrahim Al Khalifa untuk menjelaskan Iran cukup selamat untuk dikunjungi dan boleh menganjurkan perlawnan di peringkat antarabangsa.

Jika mereka menarik diri, ia akan menimbulkan persoalan apakah yang akan terjadi pada 2 slot automatik yang diperuntukkan kepada wakil dari Iran dalam saingan peringkat kumpulan AFC Champions League.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*