UAE sah naturalisasi penye rang dari Argentina, kini muncul penjaring Liga UAE ke-2 terbanyak sepanjang zaman

Pasukan kebangsaan UAE, menerima satu berita yang cukup dinantikan apabila penye rang berasal dari Argentina yang kini beraksi untuk kelab Al-Wahda, Sebastian Lucas Taglibue sah menerima taraf kewarganegaraan UAE.

Penye rang yang sudah beraksi selama 7 musim dengan pasukan Al-Wahda itu kini berada dalam keadaan terbaik untuk memecahkan rekod penjaring terbanyak liga sepanjang zaman yang dipegang oleh Fahad Khamees dengan jumalh 166 gol.

Sebastian Taglibue, kini telah berjaya merekodkan jumlah keseluruhan 146 gol dalam saingan liga dan hanya dipisahkan dengan perbezaan 20 gol sahaja untuk memegang status penjaring terbanyak sepanjang zaman UAE Pro League.

Dengan musim liga di UAE yang sudah hampir separuh musim bermula, Sebastian Taglibue dijangka akan dapat memecahkan rekod itu awal musim hadapan selewat-lewatnya.

Berikut adalah rekod jaringkan Sebastian Taglibue sejak menyertai kelab Al-Wahda pada musim 2013-2014;

  • Musim 2013-14: 28 gol
  • Musim 2014-15: 15 gol
  • Musim 2015-16: 25 gol
  • Musim 2016-17: 19 gol
  • Musim 2017-18: 23 gol
  • Musim 2018-19: 27 gol
  • Musim 2019-20: 9 gol

Namun, apa yang lebih membimbangkan adalah Sebastian Taglibue berkemungkinan akan dapat diturunkan oleh pasukan kebangsaan UAE ketika perlawnan bertemu Malaysia yang dijadualkan akan berlangsung di Dubai pada hujung bulan Mac nanti untuk pusingan kelayakan 2 Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023.

Selain pemain penye rang berbisa tempatan mereka iaitu Ali Mabkhout, pasukan kebangsaan UAE juga turut mengesahkan akan dapat menggunakan seorang lagi penye rang naturalisasi dari Brazil iaitu Caio Canedo Correa, penye rang kelab Al-Ain FC.

Caio Canedo yang sebelum ini terpalit dengan 1su berkaitan taraf kewarganegaraan Timor Leste, telah menerima pasport UAE pada hari Isnin dan beberapa berita dari Timur Tengah turut melaporkan bahawa seorang pemain Al-Wasl FC dari Brazil iaitu Fabio Virginio de Lima juga akan menerima taraf kerakyatan UAE tidak lama lagi.

Fabio Virginio de Lima ketika menerima bola selepas menjaringkan gol ke-100 beliau dalam saingan UAE Pro League.

 

Jika kesemua 3 orang pemain naturalisasi dari Amerika Selatan ini layak diturunkan dalam perlawnan bertemu Malaysia pada 26 Mac 2020 nanti, pastinya ia akan menjadikan tugas Malaysia lebih berat untuk mengatasi UAE untuk mengutip 3 mata penuh sebelum melayan kunjungan Vietnam pada 31 Mac 2020.

Mungkin dengan kehadiran beberapa orang pemain naturalisasi dalam pasukan Malaysia seperti yang disiarkan beberapa minggu yang lalu mampu sedikit sebanyak membantu kekuatan pasukan kebangsaan Malaysia ketika berentap dengan pasukan UAE nanti.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*