BG Pathum United bakal lancarkan jersi musim 2020, berpeluang dapatkan Jersi Mat Yo

Kelab BG Pathum United dalam satu kenyataan melalui laman sosial Facebook mereka semalam, mengumumkan bahawa jersi baru musim 2020 akan mula dibuka jualannya mulai Sabtu, 26 Januari 2020.

Menurut maklumat yang dikeluarkan, jersi yang menggunakan jenama Nike itu akan dijual pada harga THB999 atau RM133 untuk home dan away, manakala bagi jersi ke-3 atau alternatif pula pada harga THB850 atau RM113 sehelai.

Walau bagaimanapun, itu adalah harga untuk jersi kosong tanpa sebarang nameset dan juga patch liga ataupun kejohanan piala domestik di Thailand.

Masih tidak dapat dipastikan berapakah harga untuk sehelai jersi BG Pathum United yang lengkap dengan semua perkara diatas, namun dari pengalaman kami membeli jersi pasukan liga Thailand yang lengkap, tambahan sekitar RM30-RM50 diperlukan untuk mendapatkan jersi itu.

Dengan kehadiran Norshahrul Idlan Talaha bersama pasukan BG Pathum United musim 2020 ini, dijangkakan akan ada banyak jualan akan terhasil dari Malaysia untuk mendapatkan jersi dengan nameset beliau untuk dijadikan sebagai satu koleksi wajib.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*