AFC Club Ranking: JDT berada dalam top 50 Kelab Bola Sepak Terbaik di Asia dan Ke-6 Di Rantau ASEAN

Kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berada dalam kelas tersendiri apabila berada dalam kedudukan 50 kelab bolasepak terbaik di Asia mengikut data yang dikeluarkan oleh FootyRanking.

Pada kedudukan semasa, JDT kini mengumpul 26.53 mata dalam 4 tahun terkini prestasi kelab itu dalam kejohanan di peringkat Asia. Data itu juga masih belum mengira mata yang akan diperolehi untuk musim 2020.

Mengikut data itu, jumlah mata yang telah dikutip oleh pasukan JDT adalah seperti berikut;

2017: 9.22 mata

2018: 5.83 mata

2019: 7.00 mata

Dengan mengambil kira 20% dari mata MA Ranking iaitu 4.48 mata, menjadikan jumlah keseluruhan kutipan kepada 26.53 mata.

Screenshot 2020-01-24 at 5.35.36 PM

Jika diperhatikan diperingkat ASEAN pula, JDT berada dikedudukan ke-6 dibelakang kelab-kelab dari Thailand dan juga Vietnam seperti dibawah;

  1. Buriram United (Thailand): 40.47 mata
  2. Ceres Negros (Filipina): 39.79 mata
  3. Muangthong United: 32.74 mata
  4. Home United: 29.41 mata
  5. Hanoi FC: 27.11 mata
  6. JDT: 26.53 mata

Berdasarkan kedudukan 6 pasukan terbaik diatas, kita dapat melihat dengan jelas bahawa prestasi yang cemerlang dalam saingan AFC Champions League serta konsistensi yang dipamerkan dalam saingan AFC Cup memberikan impak yang cukup kuat bagi kelab-kelab untuk berada ditahap sekarang.

Screenshot 2020-01-24 at 5.35.52 PM

‘Gap’ yang cukup besar untuk pasukan ke-2 dari Malaysia dapat diperhatikan apabila Kedah menghuni kedudukan 117 dengan kutipan 7.48 mata. Ini memberikan petanda bahawa kita perlu mempunyai kelab yang lebih berdaya saing diperingkat Asia untuk terus mendaki ke kedudukan yang lebih baik lagi.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*