‘Posing’ Mat Yo ketika Majlis pengenalan pemain BG Pathum United musim 2020 jadi bualan para peminat

BG Pathum United semalam telah berjaya mengadakan satu majlis memperkenalkan pemain-pemain mereka yang akan beraksi dalam musim 2020 dengan penuh kemeriahan dengan pelbagai acara menarik bermula pada jam 3 petang lagi.

Acara kemuncak kepada majlis itu adalah sesi memperkenalkan secara rasmi pemain-pemain yang akan membawa cabaran kelab BG Pathum United dalam saingan Toyota Thai League serta saingan piala peringkat domestik yang lain.

83830843_10158191611689974_2249372641766932480_o

Susun atur majlis pengenalan pemain BG Pathum United yang kelihatan seperti tempat berlangsungnya konsert,

 

Bagi peminat bolasepak di Malaysia, kelibat Norshahrul Idlan Talaha memang akan menjadi bualan terutamanya dilaman sosial sperti Twitter, Facebook dan juga Instagram.

Dalam satu video majlis tersebut, gerak-geri Mat Yo telah menarik perhatian para peminat bolasepak negara sehingga ada yang mengatakan dari pandangan sisi, Mat Yo kelihat seperti Eden Hazard malah ada yang turut menyatakan mirip kepada Raheem Sterling.

Anda boleh menonton video tersebut dalam pautan yang telah kami sediakan dibawah.

BGPU SEASON OPENING 2020 : งานเปิดตัวสโมสร บีจี ปทุม ยูไนเต็ด

BGPU SEASON OPENING 2020 : งานเปิดตัวสโมสร บีจี ปทุม ยูไนเต็ดยลโฉมชุดแข่งขันใหม่ !!! พร้อมกับเปิดตัวนักเตะพร้อมลุยในฤดูกาลนี้ ขอขอบคุณเพลง SUPERSTAR – บุรินทร์ บุญวิสุทธิ์ : ที่มาสร้างความสนุกให้กับพวกเราในงานนี้ #BGPU #IMMORTALWARRIORS

Posted by BG Pathum United on Saturday, January 25, 2020

Walaupun dapat diperhatikan dalam ruangan komen, pelbagai reaksi ditujukan kepada Mat Yo dalam video tersebut, namun itu adalah sekadar gurauan para peminat.

Screenshot 2020-01-26 at 2.52.05 AM

Komen-komen nakal para peminat bolasepak Malaysia di laman Facebook Harimau Malaya.

 

Mereka sebenarnya gembira dan teruja melihat seorang pemain bolasepak tempatan yang disegani kini beraksi dengan pasukan diluar negara dalam liga bolasepak terbaik di rantau Asia Tenggara.

Semoga Mat Yo akan beraksi dengan penuh bersemangat bersama BG Pathum United serta bebas dari kece deraan, kerana beliau masih berpeluang dipanggil untuk menyertai kem pasukan kebangsaan jika diperlukan.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*