Thanabalan sah sarung jersi Perak II

Bekas penye rang skuad bawah 23 tahun kebangsaan (B-23), N. Thanabalan bakal menyertai pasukan ‘feeder club’ Perak secara pinjaman dari Kedah bagi mengharungi saingan Liga Premier musim 2020.

Menurut pengendali Perak II, Abu Bakar Fadzim, beliau melihat Thanabalan masih mempunyai deria pemus nah dan pengalaman luas yang dimiliki oleh pemain yang barusia 25 tahun itu membantu mena jamkan jentera sera ngan pasukannya.

“Saya mahu melihat dia muncul sebagai antara penjaring terbanyak dalam kalangan pemain tempatan.

“Dengan usianya, belum terlambat untuknya kembali ke puncak prestasi sebelum ini dan kerana pengalaman dimiliki, ruang terbuka luas untuknya berada dalam kesebelasan utama pasukan musim ini.

“Yang penting, di mana dia mahu meletakkan dirinya pada 2020 setelah hilang hampir tiga tahun. Saya sedia bantu dan tunaikan hasratnya untuk dapatkan minit permainan tetapi saya juga mahu lihat usahanya dalam mendapatkan apa yang diinginkan,” katanya kepada Bernama.

Abu Bakar Fadzim

Thanabalan pernah beraksi dalam saingan Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur. Sumber Gambar: Goal.com

 

Sejak menyertai skuad Helang Merah pada januari 2019, beliau sempat melakukan 16 penampilan dan mula mengalami kemeros0tan prestasi sehingga tersisih daripada kesebelasan utama.

Thanabalan memiliki kelebihan tandukan sebagai sen jata pemus nah dan kelebihan itu melonjakkan popularitinya selepas menanduk masuk jaringan kemenangan ke atas Indonesia dalam aksi separuh akhir acara bolasepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

“Dia (Thanabalanan) pemain yang berpontensi sebelum ini tetapi agak sukar dapat tempat di Kedah, jadi bila ada peluang untuk Perak II memperkuatkan jentera sera ngan dengan kehadirannya, kami mencuba.

“Pasukan mungkin menggunakannya di bahagian sayap kerana dia lebih dilihat sebagai pembekal bantuan jaringan,” jelasnya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*