Burnley cipta sejarah benam United di gelanggang keramat

Burnley mencatat sejarah di Old Trafford selepas meraih kemenangan pertama di gelanggang keramat itu buat kali pertama dalam 58 tahun dengan menumbangkan Manchester United 2-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris pada awal pagi tadi.

Kekalahan kelapan United pada musim ini memberikan mimipi nger1 buat Ole Gunnar Solskjaer yang semakin jauh dengan sasaran mengejar slot empat pasukan terbaik bagi membolehkan pasukan tersebut layak ke Liga Juara-Juara Eropah pada musim depan.

Sekalipun United mencatat 70 peratus penguasaan bola, ketumpulan barisan seran gan serta kecemerlangan penjaga gol pelawat, Nick Pope yang menjadi watak utama memastikan gawang gol Burnley gagal ditembusi sehingga hujung permainan.

Penyokong United di Stadium pula tidak berhenti menyanyi dan melaungkan lagu-lagu yang menge cam keluarga Glazer yang telah mengambil alih pemilikan kelab sejak 2005.

Chris Wood menghu kum United dengan gol pertama enam minit sebelum tamat separuh masa menerusi rembatan voli selepas menerima bola hasil tandukan Ben Mee yang menyambut hantaran dari sepa kan percuma dari tengah padang.

The Clarets kemudian menggandakan kelebihan hasil dari gerakan satu dua yang disudahkan dengan rembatan padu Jay Rodriguez yang menewaskan David De Gea di tiang dekat.

Kekalahan kedua berturut-turut itu mengekalkan United di tangga kelima, enam mata di belakang Chelsea di tempat keempat. Sementara Burnley pula naik ke kedudukan ke-13.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : semuanyabola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*