Liverpool tidak akan beli Timo Werner

Pasukan Premier League, Liverpool kini telah memberikan pendirian mereka mengenai spekvlasi berkenaan pemain RB Leipzig iaitu Timo Werner.

Menurut laman rasmi Liverpool, mereka telah menyatakan pendirian untuk tidak mendapatkan pemain tersebut dalam jendela perpindahan pada bulan Januari ini.

Walaupun begitu, mereka akan sentiasa memerhatikan perkembangan pemain tersebut yang turut diminati boleh beberapa kelab lain termasuklah Chelsea.

Dalam masa yang sama, Liverpool juga dikatakan tidak akan cuba untuk mendapatkan Werner dalam jendela perpindahan musim panas sungguh pun spekvlasi beliau akan menyertai skuad Jurgen Klopp semakin meningkat.

Werner secara terbuka mengatakan yang Liverpool merupakan destinasi pilihannya jika ingin ke Premier League. Dan jika Liverpool atau mana-mana pasukan ingin mendapatkan beliau, mereka boleh perolehnya dengan harga yang murah.

Hal ini kerana dalam kontrak baharunya, Werner boleh sahaja didapati dengan nilai £51 juta dengan mengaktifkan klausa perlepasannya.

Lebih menarik, nilai klausa ini turut mula turun apabila Werner semakin menghampiri penamat kepada kontraknya yang akan berakhir pada tahun 2023.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : semuanybola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*