Mat Yo disenaraikan dalam skuad BG Pathum United hadapi Piala Pra Musim LEO

Penye rang skuad Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo disenaraikan dalam skuad 27 pemain BG Pathum United bagi menghadapi kejohanan pra musim, Piala LEO 2020 yang bermula sejak 18 Januari lalu.

Selain Matyo, BG Pathum turut menyenaraikan enam lagi pemain import iaitu Victor Cardozo, Daniel Rodriguez, Yuki Bamba, Barros Tadeli, pemain dari Singapura (Irfan Fandi) serta bekas pemain import Kedah (Alvaro Silva).

Dalam kemaskini yang dibuat melalui laman sosial Facebook rasmi kelab itu, Mat Yo dilihat memakai jersi bernombor 99 dan membayangkan itu adalah nombor jersi rasmi beliau dalam saingan Liga Thailand untuk musim 2020.

Sebanyak 16 pasukan menyertai kejohanan tersebut iaitu 12 pasukan daripada Thai League 1 dan 4 pasukan jemputan dari luar negara iaitu juara J-League 4 kali (Cerezo Osaka), kelab dari Singapura (Tampines Rovers), kelab dari Laos (Lao Toyota) serta Phom Penh Crown FC dari Kemboja.

Mat Yo juga berpeluang melakukan penampilan pertama apabila pasukannya dijadualkan bertemu PT Prachuap FC hari ini di Stadium Leo pada pukul 9 malam waktu Malaysia.

Kesemua 16 pasukan ini akan bertanding dalam format kalah mat1 dan perlawnan akhir akan diadakan di Stadium Leo pada 1 Februari 2020. Juara akan membawa pulang 3 juta baht (RM400,980).

Selain BG Pathum United, juara Piala FA Thailand (Port FC) dan beberapa pasukan gergasi seperti Muangthong United, Nakhon Ratchasima, Chainat Hornbill, dan Chiangmai turut menyertai kejohanan tersebut.

Namun, apa yang positifnya adalah kita dapat melihat ramai penyokong-penyokong bolasepak Malaysia yang terus memberikan kata-kata semangat untuk Mat Yo mempamerkan aksi terpuji dalam sebuah liga yang tidak diragui yang terbaik di rantau Asia Tenggara.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*