Terima kasih Pahang – Sharbinee Allawee

Terima kasih Pahang.

Penjaga gol berpengalaman, Sharbinee Allawee berterima kasih kepada Persatuan Bolasepak Pahang (PFA) kerana memberikannya peluang untuk menyarung jersi Tok Gajah dalam saingan Liga Super 2020 nanti.

Selepas dua musim bersama Kuala Lumpur, Sharbinee bakal bersaing dengan Helmi Eliza dan penjaga gol muda, Daniel Wafiuddin untuk menyarung jersi nombor satu pasukan Pahang pada musim hadapan.

“Saya anggap itu sebagai rezeki untuk beraksi di sini dan saya gembira dengan Persatuan Bolasepak Pahang kerana masih percaya dengan kebolehan saya.

“Helmi seorang pemain berpengalaman dan beraksi baik sepanjang musim bersama Pahang pada musim lalu, sementara Daniel pula muda dan mempunyai potensi besar. Saya berdepan cabaran besar untuk menjadi penjaga gol nombor satu.

“Saya lihat saingan ini sebagai satu motivasi yang bagus untuk saya menjadi pemain yang lebih baik. Penjaga gol maish boleh beraksi walaupun sudah dalam usia 30-an. Masih banyak yang saya boleh berikan kepada Pahang,” kata Sharbinee seperti dilaporkan The Star.

Beraksi dua musim bersama Kuala Lumpur, Sharbinee sempat menunjukkan aksi terbaiknya dalam beberapa perlawnan bersama The City Boys. Pada tahun 2018, aksi pertama Sharbinee bersama Kuala Lumpur ketika berdepan pasukan lamanya, Terengganu, berjaya mencuri tumpuan bukan sahaja peminat bolasepak Malaysia, tetapi juga di seluruh dunia.

Pastinya Pahang mahu Sharbinee mendapat kembali rentak terbaiknya untuk membantu pasukan mereka pada musim ini yang kehilangan beberapa tonggak utama. Pada musim lalu Pahang menamatkan saingan liga di tempat kedua.

 

Kredit foto: Pahang FA

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : foxsports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*