Nak pakai baju Man United pun ma1u sekarang, inikah Skuad £600 Juta? – Rio Ferdinand

Rio Ferdinand tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya melihat aksi longlai Manchester United. Se tan Merah dire jam sekali lagi dalam tempoh kurang seminggu dengan kekalahan 2-0 pada tahun 2020 ini.

Ferdinand dalam ulasan beliau menyatakan: “Saya duduk di sini pun dah rasa a1b sekarang ini.”

Rio Ferdinand mengkr1tik polisi pembelian pemain oleh Manchester United. Beliau menganggap kekalahan di tangan Burnley adalah satu ama.ran / wake up call kepada mereka.

Rio Ferdinand tidak dapat menyembunyikan kema.rahannya dengan apa yang sedang berlaku di Manchester United pada ketika ini.

Manchester United tewas di tangan Burnley yang bergelvt mahu menjauhi zon penyingkiran. Gol oleh Chris Wood dan Jay Rodriguez menghumban Manchester United kepada kekalahan kelapan mereka musim ini.

Lebih menyak1tkan hati Ferdinand apabila melihat ramai penyokong Se tan Merah mulai keluar dari stadium lebih awal kerana kecewa.

Di dalam Old Trafford sudah menjadi pesta b0o. Para penyokong United menge-b0o Woodward dan Glazer sepanjang malam.

Ferdinand dalam analisisnya berkata: “Kamu kata sudah berbelanja £600 juta untuk skuad ini? Berbelanja untuk apa? Saya tak nampak pun hasilnya di sana.”

“Malah pemain terbaik kita ada musim ini adalah bakat akademi, Williams, Rashford, Greenwood dan McTominay.”

“Saya tak nampak pun duit itu, rekrut pemain, apa yang telah dibeli? Tiada satu pun benda di sana yang membuatkan saya merasakan ini adalah asas yang kukuh kepada masa depan.”

“Saya duduk di sini, dan jujur saya cakap, saya berasa malu. Saya malu nak duduk di sini, bukan sahaja malu sebab aksi pasukan ini, tetapi, saya tak nampak apa yang bakal berlaku selepas ini.”

“Orang-orang yang berada di pengurussan tertinggi, sila buat perubahan. Anda tidak boleh menutup kelemahan semua ini.”

“Saya tak nampak hala tuju, saya tak nampak apa sasaran kelab dilekat pada dinding, yang menyatakan, kita akan  membuat itu dan ini, dan kita akan berjaya ke sana. Saya tak nampak langsung!”

“Kita ketepikan dahulu keputusan pada hari ini. Saya nak bercakap soal pengambilan pemain dan pembinaan skuad ini yang sebenar. Apa asas yang diletakkan dalam skuad ini untuk terus mencabar sesuatu.”

“Bukannya mahu kejayaan segera, kita semua kena realistik, mungkin ia akan memakan masa beberapa tahun untuk membina skuad.”

“Ma1angnya, wang dibelanjakan secara tak berbaloi pada 7 tahun kebelakangan ini. Apa yang kita nak tunjukkan di sana? Saya tak nampak.”

“Anda tidak boleh bersembunyi daripada semua ini. Anak-anak kecil yang nak pergi ke sekolah, hari ini mereka tak akan pakai jersi Man United, sebab malv.”

“Mereka tidak mahu datang ke sini (Old Trafford) dan menyokong Man United, berdasarkan apa yang mereka sedang lihat. Itu tak akan berlaku.”

“Penyokong meninggalkan stadium selepas 84 minit, itu satu a1b. Orang kat atas tu, sila ligat sikit benda ni dan buat perubahan sebenar.”

“Bentangkan perancangan, dan lantik mereka yang benar-benar layak untuk duduk kat sana. Saya langsung tak tahu ke mana arah kita nak tuju.”

Perkembangan berkaitan

Manchester United turun dalam aksi ke-24 Liga Perdana Inggeris berhadapan dengan pasukan Burnley. Manchester United dalam usaha mahu bangkit daripada kekalahan yang dianggap Matic sebagai tak adil, di tangan Liverpool.

Ini kerana pemain tengah Serbia itu menda kwa, pasukan beliau lebih baik daripada Liverpool.

Sebelum se pak mula, Ole sudah membangkitkan pemain dengan motivasi. Bahawa, beliau percayakan pemain yang ada di dalam pasukan, memberikan bayangan bahawa kelab Manchester United tidak terlalu terdesak mahukan pemain baharu.

United turun memanaskan badan dengan baju naga mereka.

Manchester United mendominasi awal perlawnan dengan menekan pasukan lawn mereka. Menunjukkan bahawa keinginan tinggi pasukan itu mahu menang bergaya. Burnley hanya mampu bertahan dan menyerap asakan United.

Namun begitu, hanya 6 minit perlawnan berlangsung, Anthony Martial terlantar di atas padang, mengerang kesak1tan. Ia petanda kurang baik untuk Manchester United, yang sebelum ini sudah hilang Marcus Rashford. Mason Greenwood dipersiapkan oleh Ole.

Tida lama selepas perlawnan bersambung semula, Fred melakukan percubaan bahaya yang memaksa Jack Cork mekakukan hadangan.

Pada minit ke-16, Aaron Wan Bissaka mencipta peluang keemasan untuk Anthony Martial, namun ma1angnya pemain bintang Manchester United itu gagal menyempurnakan peluang tersebut.

United berterusan mengawal perlawnan. Pada 27 minit pertama mereka menguasai 69% perlawnan.

Di dalam stadium bergema protes penyokong Manchester United yang mengutuk Ed Woodward.

Pada minit ke-33, Anthony Martial memiliki satu lagi peluang yang dinafikan oleh pemain lawn. Jelas sekali pemain Perancis itu kecewa selepas terlepas beberapa peluang gol.

Tidak disangka-sangka, Manchester United ketinggalan jua di belakang pada minit ke-39. Lebih menyakitkan, pemain yang menjaringkan gol itu adalah Chris Wood, bekas pemain Leeds United.

Segalanya berpunca daripada usaha Ben Mee yang menanduk bolasepakan percuma, Wood kemudian menewaskan pemain bek tengah termahal di dunia, Harry Maguire di dalam kotak penalti. Wood dengan tenang melakukan penyudahan yang menerjah jaring.

Manchester United masuk ke bilik persalinan dengan kedudukan 0-1.

Bersambung aksi babak kedua, Ole mengerah masuk pemain yang disifatkan beliau persis Van Persie iaitu Mason Greenwood, dan mengeluarkan Andreas Pereira.

Hanya seminit perlawnan bersambung, Daniel James terus melaungkan ama ran kepada pasukan lawn dengan ancman awal.

Ketika Manchester United sedang berkira-kira untuk mencipta kebangkitan yang sudah menjadi asam garam dan da rah daging mereka, Burnley mengejutkan United sekali lagi.

Jay Rodriguez telah melakukan rembatan padu dan deras menewaskan David De Gea. Terkapai-kapai, kelemasan De Gea dibuatnya.

Lebih ke am, gol itu adalah gol yang menuju ke near post David De Gea.

Ternyata Jay Rodriguez menyukai perlawnan seperti ini.

Namun United tetap yakin dengan kebangkitan menentng Burnley. Ini kerana dalam 3 daripada 7 aksi berhadapan Burnley mereka ketinggalan 2 gol di tangan Burnley dan 2 perlawnan sebelum ini mereka mengikat Burnley 2-2.

Adakah ia dapat dilakukan malam ini?

Selepas ketinggalan 2-0, Ole memasukkan dua pemain harapan beliau. Pemain Terbaik Tahunan Manchester United 2019, Luke Shaw dan juga Lingard.

Kemasukan mereka diharap dapat memberikan impak dan membantu kelab bangkit.

Penyokong Man United keluar mengosongkan stadium lebih awal.

Luke Shaw kemudian menyumbat masuk bola. Namun gol itu tidak diterima kerana Shaw terlebih dahulu memanjat belakang pemain lawn.

Namun  ternyata tiada kebangkitan yang dapat dilakukan Manchester United walaupun jersi mereka musim ini diselit propaganda 90+3, mengingatkan Fergie Time di Barcelona.

Manchester United menelan satu lagi kekalahan pada aksi EPL. Menjadikan mereka musim ini sudah kalah 8 kali.

United masih berada di tangga kelima, gagal memanfaatkan peluang untuk merapatkan jurang mata dengan Chelsea, sekali lagi.

Burnley pula berjaya menjauhi zon penyingkiran dengan tujuh mata, hasil daripada kemenangan bergaya di Old Trafford.

Manchester United XI: De Gea, Wan-Bissaka, Jones, Maguire, Williams, Fred, Matic, James, Pereira, Mata, Martial.

Subs: Romero, Bailly, Lingard, Dalot, Shaw, Greenwood, Gomes.

Burnley XI: Pope, Tarkowski, Mee, Taylor, Lowton, Westwood, Cork, McNeil, Hendrick, Wood, Rodriguez.

Subs: Hart, Brady, Pieters, Lennon, Vydra, Long, Goodridge.

Semoga Manchester United dapat bangkit semula daripada kehambaran prestasi. Ingat pesanan Tomok:

waktu inilah yang memerlukan kesabaran paling tinggi sebagai peminat manchester united.dengan hanya sembilan mata…

Posted by Tomok on Monday, October 7, 2019

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*