Zidane akui terkejut dengan pemergian Kobe Bryant

Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane mengakui yang dirinya terkejut dengan pemergian legenda bola keranjang iaitu Kobe Bryant baru-baru ini.

Dalam sebuah sidang media, Zidane mengakui beliau amat sed1h dengan berita pemergian bekas pemain Los Angeles Lakers itu.

“Ianya merupakan berita yang cukup burvk buat dunia sukan ketika ini. Kami amat sed1h dengan berita ini.”

“Saya amat bersimpati dengan keluarga beliau dengan berita ini dan saya tiada kata-kata yang boleh diungkapkan ketika ini.”

Bryant dilaporkan terlibat dalam kema1angan helikopter bersama-sama anak perempuannya dan beberapa individu lain. Semuanya dilaporkan terk0rban.

Zidane mengakui yang beliau tidak pernah bertemu Bryant, tetapi ianya tidak menghalang dirinya untuk sertai semua warga sukan yang lain untuk turut bersed1h di atas pemergiannya.

“Saya tidak pernah bertemu beliau, tetapi kami amat bersed1h dengan pemergian beliau.”

Pemergian Bryant ditang1si oleh warga sukan secara amnya dengan komuniti bolasepak turut bersed1h akan berita itu.

Selain bolasepak, komuniti sukan lain seperti tenis juga memberikan ucapan takziah seperti ucapan dari Rafael Nadal dan tindakan Nick Krygios yang memakai jersi Bryant ketika perlawnan Australian Open menentng pemain dari Sepanyol itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : semuanyabola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*