AFL umum pasukan bertanding di Liga M3 dan pusingan kelayakan Piala FA 2020

Sebanyak 20 pasukan telah diumumkan oleh Liga Bolasepak Amatur (AFL) bakal menyertai saingan Liga M3 pada musim ini.

Sebelum ini Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi pernah menyatakan bahawa Liga M3 musim ini akan disertai 20 pasukan yang akan dibahagi kepada dua kumpulan. Ini sekaligus menyaksikan penambahan enam pasukan berbanding hanya 14 pasukan pada musim lalu.

20 pasukan yang akan menyertai Liga M3 2020 adalah:

  1. Armed Forces FC
  2. Johor Bahru FA
  3. Protap FC
  4. Ultimate FC
  5. Melawati FC
  6. Kuala Terengganu Rovers FC
  7. Manjung City FC
  8. Langkawi City FC
  9. Harini FC
  10. Sarawak FA
  11. KSR Sains
  12. Ikram Muda FC
  13. Thai Selangor FC
  14. Klasiko FC
  15. PIB FC
  16. NLFC-Mahsa
  17. Perlis United FC
  18. Semarak FC
  19. Kuala Lumpur Rovers
  20. Melaka United FC

Turut diumumkan oleh AFL adalah pasukan-pasukan yang akan bertanding di pusingan kelayakan Piala FA di mana 42 pasukan daripada Liga M3 dan Liga M4 akan merebut kelayakan ke pusingan kedua Piala FA.

Antara yang bakal beraksi di pusingan kelayakan adalah Ultimate FC yang mendapat sen tuhan bekas penye rang kebangsaan, Azman Adnan yang juga pernah mengendalikan Tun Razak FC dalam saingan Liga M3 pada musim lalu. Bagi pemilik Ultimate FC, Mohamed Fitri Ahmad Ziyadi, dia berharap pengalaman sebelum ini akan menjadi motivasi tambahan buat pemainnya untuk memberikan usaha 100 peratus dalam aksi kelayakan nanti. Pada musim lalu, Ultimate FC berjaya melepasi pusingan kelayakan dengan menewaskan Glory United 3-2 dan KSR Sains 2-1 di pusingan pertama. Namun perjalanan mereka terhenti, apabila tewas 0-5 kepada Terengganu FC di pusingan kedua.

“Sasaran kami sama macam tahun lepas iaitu mara sejauh mungkin atau sekurang-kurangnya ke peringkat pusingan kedua untuk berdepan dengan pasukan-pasukan dari Liga Super dan Liga Premier.

“Jika kami dapat bertemu dengan pasukan-pasukan ini, secara tidak langsung dapat memberikan pengalaman berharga kepada pemain-pemain untuk merasai saingan peringkat tertinggi.

“Kehadiran Azman juga saya harap sedikit sebanyak mampu memberi suntikan semangat kepada pasukan kerana semua orang tahu dia punyai nama yang cukup besar dan kita harap dia mampu beri perubahan drastik kepada pasukan.”

Undian bagi pusingan kelayakan Piala FA 2020 akan berlangsung pada pukul 3 petang hari ini dan boleh disaksikan secara langsung di laman Facebook rasmi Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Kredit foto: Amateur Football League (AFL) Malaysia

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*