Pemain Sukan SEA 2019 Thailand pikat perhatian kelab J1 League

Seorang pemain pertahanan kiri skuad bawah 23 tahun Thailand, Thitathorn Aksornsri dilaporkan sudah mendapat perhatian kelab Shimizu S Pulse yang kini beraksi dalam saingan J1 League.

Menurut laporan media di Thailand, pencari bakat kelab Shimizu S Pulse telah mengesan kualiti serta keupayaan yang ada pada Thitathorn Aksornsri sejak musim 2019 ketika mereka turun menyaksikan perlawnan Police Tero FC bertemu dengan Sisaket FC.

Bermula dari situ, pihak Shimizu S Pulse nampak potensi yang dimiliki oleh Thitathorn Aksornsri dan rundingan berkenaan pemain itu telah diadakan selepas tamat saingan musim 2019 yang lalu. Pada ketika itu juga, Thitathorn Aksornsri yang berusia 22 tahun masih belum melakukan debut bersama skuad Sukan SEA Thailand yang berlangsung di Manila.

Walau bagaimanapun, pihak kelab beliau melalui pengurus besarnya dikatakan tidak akan melepas pemain itu terlalu awal kerana mahu menggunakan khidmatnya sekurang-kurangnya sehingga tamat separuh musim saingan Toyota Thai League 2020.

Mungkin tidak ramai mengetahui berkenaan Thitathorn mempunyai seorang adik kembar yang juga beraksi diposisi pertahanan tengah dalam skuad bawah 23 tahun Thailand iaitu Thitawee Aksornsri

Kedua-dua pemain ini juga sudah mula mendapat perhatian ketua jurulatih skuad kebangsaan Thailand, Akira Nishino untuk digilap sebagai pelapis masa depan skuad kebangsaan Thailand bagi menghadapi kelayakan Piala Dunia 2026.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*