‘Maafkan saya, tiada siapa menduga apa akan berlaku’ – Renan Alves

Kedah gagal menyertai Johor Darul Takzim di peringkat kumpulan Liga Juara Asia susulan kekalahan 1-4 kepada Seoul FC pada Selasa.

Meskipun penyokong Kedah dilihat berpijak di bumi nyata dan menerima kekalahan dengan terbuka sambil menyifatkan pasukan kesayangan mereka itu tewas kepada pasukan yang jauh lebih baik, ada juga pendapat bahawa mereka mungkin boleh melakukan lebih baik andai bukan kerana beraksi dengan kurang seorang pemain di sepanjang separuh masa kedua.

Kad merah yang dilayangkan kepada pemain pertahanan Renan Alves pada minit ke-37 kerana menampan bola dengan tangan di dalam kotak penalti dianggap antara punca utama Kedah gagal mengimbangi permainan apatah lagi kesemua jaringan Seoul FC terhasil hanya selepas itu.

Park Chu Young menyempurnakan penalti yang dihadiahkan pada minit ke-39 manakala tiga lagi jaringan menyusul menerusi Park Dong Jin (m-49), Osmar (m-63) dan Ikram Alibaev pada masa kece deraan.

Apa pula komen Renan Alves mengenai kesalahan kurang bijak yang tidak sepatutnya dia lakukan itu, apatah lagi dalam perlawnan yang cukup penting.

“Saya memohon maaf kepada rakan sepasukan, pengurusan, barisan kejurulatihan dan penyokong kerana telah mengecewakan anda semua. Jujur, ia tidak disengajakan dan bukan niat saya untuk menjatuhkan pasukan. Semua pemain turun ke padang dengan satu tekad dan matlamat yang sama, berdoa dan berikan yang terbaik tetapi tiada siapa dapat menduga apa akan berlaku.

“Maafkan saya dan sekarang kita perlu pandang ke depan, saya percaya pengalaman ini akan menjadikan kita lebih kuat, kita perlu bangkit teruskan perjuangan. Perjalanan kita masih jauh,” ujar pemain kelahiran Brazil itu.

Kemenangan Seoul FC menyaksikan mereka layak ke ACL dan menyertai Beijing FC, Chiangrai United dan Melbourne Victory di dalam Kumpulan E manakala Kedah pula mengalihkan fokus kepada saingan Liga Malaysia yang akan membuka tirai pada 28 Februari depan.

Kedah akan menentng JDT dalam aksi pembuka tirai yang juga merupakan perlawnan Piala Sumbangsih merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah.

Foto : FA Kedah

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : foxsports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*