Safawi Rasid sehebat Mbappe

DIIKTIRAF sebaris dengan pemain muda ternama dunia menjadi pemangkin kepada tonggak skuad Harimau Malaya, Safawi Rasid untuk terus mengekalkan momentum meningkatkan prestasi demi kelab dan negara pada masa depan.

Safawi berkata, pengiktirafan oleh laman sosial bolasepak antarabangsa itu bukannya medium untuk bermegah atau s0mbong, namun sebagai peringatan supaya terus berusaha mencipta lebih banyak kejayaan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Preseason Dubai 🇦🇪

A post shared by SAFAWI RASID (@safawirasid29) on

Dia yang kini mengikuti siri jelajah pramusim di Emiriah Arab Bersatu (UAE) bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) berkata, tumpuannya ketika ini memastikan tidak hanyut dengan pengiktirafan itu dan kekal fokus terhadap latihan diberikan.

“Pengiktirafan itu agak mengejutkan kerana sebaris dengan pemain terkenal daripada kelab ternama dunia.

MBAPPE bersama trofi Piala Dunia 2018. FOTO Agensi

“Namun, saya perlu mengingatkan diri supaya tidak somb0ng. Apapun, pengiktirafan itu turut melonjak nama Malaysia di persada antarabangsa,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, hari ini.

Dia mengulas penyenaraiannya sebagai bintang masa depan atau ‘future wonderkid’ oleh laman sosial bolasepak antarabangsa, Tekkers berdasarkan kriteria dan kebolehan seseorang pemain terutama ketika beraksi bersama kelab serta pasukan kebangsaan.

Turut disenaraikan, penye rang Perancis/ PSG, Kylian Mbappe; pemain tengah Belanda/ Barcelona, Frenkie de Jong; bek kanan England/ Liverpool, Alexander Arnold dan tonggak tengah Amerika Syarikat/ Chelsea, Christian Pulisic.

Selain itu, pemain Indonesia yang berkelana di bumi Poland, Egy Maulana Vikri turut tersenarai di dalam carta terbabit berdasarkan prestasi semasa.

Antara kehebatan Safawi termasuk membantu JDT muncul juara ‘treble’ Liga Malaysia (Liga M) musim lalu, Pemain Paling Bernilai dalam Anugerah BolaSepak Kebangsaan selain membantu Malaysia menduduki tempat kedua Kumpulan G pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : HM / @safawirasid29

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*