Teka-teki mengenai kelibat seorang pemain asing, Christopher Fayers bersama TFC akhirnya terjawab

Teka-teki mengenai kelibat seorang pemain asing, Christopher Fayers menjalani latihan bersama Terengganu Football Club (TFC) terjawab apabila kelab itu secara rasmi mengumumkan pemain itu dipinjamkan oleh Australasian Soccer Academy (ASA).

Bagaimanapun, pemain muda berusia 22 tahun itu hanya dipinjamkan untuk mengikuti sesi latihan TFC sahaja dan tidak didaftarkan sebagai pemain memandangkan ketua jurulatih, Nafuzi Zain sudah memiliki lima pemain import untuk pasukannya.

“Christopher Fayers yang dilihat seringkali bersama pasukan TFC kini sebahagian daripada keluarga TFC setelah dipinjamkan oleh Australasian Soccer Academy (ASA) yang menanggung sepenuhnya perbelanjaan Christopher Fayers untuk menerima latihan di TFC.

“Chris berminat menyertai TFC kerana persekitaran pasukan, latihan, filosofi pasukan TFC dan metodologi yang diterapkan jurulatih pasukan, Nafuzi Zain.” kata kenyataan rasmi TFC.


Chris ketika diumumkan sebagai pemain Real Murcia FC

ASA berharap dengan mengikuti latihan bersama TFC, Chris boleh meningkatkan lagi kebolehannya. Pada masa yang sama, TFC dapat memanfaatkan kehadiran Chris dengan mewujudkan suasana yang lebih kompetitif semasa latihan terutamanya bagi pemain-pemain muda.

Sebelum ini, Chris pernah berkelana di Liga Sepanyol bersama skuad CD Legane B-21 dan Real Murcia FC sepanjang tahun 2019.

Chris turut dibawa mengikuti jelajah pramusim skuad TFC di bumi Thailand. Mereka telah merancang untuk mengharungi tiga perlawnan persahabatan di sana iaitu Police Tero FC, Suphanburi FC dan Tianjin Teda FC.

Foto: Terengganu Football Club

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : foxsports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*