Dikatakan mahu bersara, ini penjelasan Piya

Mana ada saya bersara.

Bekas pemain Kelantan, Badhri Radzi menafikan khabar angin yang menyatakan bahawa dia bakal mengumumkan persaraannya ekoran tiada perkembangan mengenai masa depan pemain itu bersama Kelantan United.

Pemain yang dikenali sebagai Piya itu menyertai Kelantan United pada musim lalu selepas meninggalkan pasukan Kelantan. Namun begitu, ekoran tiada khabar mengenai pemain itu, ada pihak yang merasakan bahawa dia tidak akan beraksi lagi dan mengumumkan persaraan.

“Saya masih ada kudrat untuk bermain dan saya juga masih mahu bermain. Berita itu tidak benar sama sekali.

“Memang saya masih belum menandatangani kontrak bersama Kelantan United, tapi Insya-Allah dalam masa terdekat saya akan berjumpa jurulatih dan pengurusan pasukan,” kata Badhri seperti dilaporkan Berita Harian.

Badhri Radzi merupakan pemain yang cukup terkenal bersama Kelantan. Bersama The Red Warriors, dia pernah menjulang kejuaraan Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA. Sayangnya, selepas 10 tahun bersama The Red Warriors, jodoh Piya tidak lagi bersama Kelantan. Pada musim lalu, dia menyertai Perlis Northern Lions di awal musim, tetapi disebabkan masalah yang timbul, Piya menyertai Kelantan United yang beraksi di Liga M3 dan membantu mereka menjadi juara.

Pastinya ramai peminat bolasepak terutamanya peminat Kelantan masih mahu melihat Badhri terus beraksi terutamanya pertembungan dengan pasukan lamanya Kelantan di Liga Premier musim ini.

 

Kredit foto: Kelantan United

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*