Azrif Nasrulhaq mungkin terlepas saingan Liga Malaysia?

Disebalik kemenangan 2-1 ke atas juara Liga Slovakia 7 kali, MSK Zilina semalam, skuad Harimau Selatan terpaksa membayar harga yang mahal apabila pemain pertahanan kanan, Azrif Nasrulhaq dilaporkan mengalami kece deraan yang serius.

Perkembangan itu disahkan oleh rakan sepasukannya, Aidil Zafuan Abdul Razak melalui satu muat naik di laman instagram sambil menulis, “speedy recovery yus” (semoga cepat sembuh yus).

Dalam perlawnan itu, Azrif dilihat telah menerima terjahan keras daripada pemain MSK Zilina pada minit ke 80 sebelum ditukar kepada S. Kunalan.

Gonzalo Cabrera menjadi wira JDT apabila menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama sekaligus memberikan kemenangan ketiga bagi skuad kendalian Benjamin Mora itu dalam siri jelajah pra musim di Dubai, UAE.

Sebelum ini, mereka melakar kejutan apabila menewaskan skuad kebangsaan Turkmenistan 2-1 dan kelab Dibba Al-Fujairah 1-0.

Jika Azrif tidak sempat pul1h, beliau juga bakal terlepas aksi pertama AFC Champions League menentng kelab Jepun yang juga merupakan juara Emperor’s Cup, Vissel Kobe di Stadium Misaki Park pada 12 Februari 2020.

Selain Azrif, JDT masih mempunyai beberapa pemain berpengalaman seperti S. Kunalan dan Adam Nor Azlin yang mampu mengisi kekosongan di posisi tersebut.

Bagaimanapun, umum mengetahui JDT mempunyai fasiliti pervbatan dan pemul1han yang berkelas dunia sambil dibantu oleh konsultan pervbatan kelab itu dari Sepanyol, Dr. Juan Manuel Boffa.

Boffa, juga merupakan pakar perunding pervbatan kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City adalah pakar dalam bidang pervbatan sukan dan pendidikan jasmani, serta traumatologi bolasepak.

Kolaborasi beliau bersama JDT sebelum ini telah merawat kece deraan yang dialami pemain lain seperti Natxo Insa, Syafiq Ahmad, Gary Steven Robbat dan Darren Lok.

Dengan pemantauan rapi oleh pakar pervbatan tersebut, Azrif mampu kembali semula sebagai seorang pemain yang lebih baik.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*