Selangor mudah atasi Geylang International

Pasukan Selangor mudah mengatasi kelab dari saingan Liga Singapura, Geylang International dengan keputusan pada perlawnan pra musim tertutup yang diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) semalam.

Setelah menarik diri daripada menyertai kejohanan Hakka Meizhou Cup di China ekoran wa bak virvs Corona, Selangor memutuskan untuk menjalani sesi perlawnan pra musim di dalam negara.

Pada perlawnan semalam, skuad kendalian B.Satianathan menang besar ke atas Geylang dengan keputusan 5-1 dimana penye rang import, Ifedayo Olesegun menjaringkan dua gol.

Sumber Gambar: FA Selangor

 

Tiga lagi gol dijaringkan oleh seorang lagi pemain import, Sandro Da Silva serta dua pemain tempatan iaitu Syazwan Zainon dan Sean Eugene Selvaraj.

Seterusnya, Selangor dikhabarkan bakal menyertai sebuah kejohanan di Indonesia iaitu Piala Gubernur Jawa Timur yang mana akan disertai oleh Sabah serta enam kelab dari saingan Liga 1 Indonesia.

Namun, Persatuan BolaSepak Selangor (FAS) masih belum membuat sebarang pengumuman rasmi sama ada naib juara Asia Challenge Cup 2020 itu akan menyertai kejohanan tersebut atau sebaliknya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*