Bakal berdepan Vissel Kobe, ini harapan Safawi Rasid

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim, Safawi Rasid berhasrat untuk meraih keputusan positif apabila berkunjung ke Stadium Misaki Park bagi menghadapi Vissel Kobe pada perlawnan pembukaan kumpulan G saingan AFC Champions League 2020.

Menurut Safawi, penyertaan kali kedua dalam saingan tertinggi peringkat kelab di rantau Asia itu nyata mendorong beliau dan rakan-rakan sepasukan untuk mencipta sesuatu dalam saingan edisi kali ini.

Dalam saingan AFC Champions League musim lalu, Johor Darul Ta’zim menamatkan saingan di peringkat kumpulan dimana mereka hanya mencatat satu kemenangan, satu seri serta empat kekalahan.

Namun, Safawi menampilkan aksi cemerlang dimana beliau turut menjaringkan gol yang kemudiannya dicalonkan bagi anugerah gol terbaik ACL 2019.

"This is our second year playing in the ACL" – 🗣 Safawi Rasid 🔴🔵

"This is our second year playing in the ACL" – 🗣 Safawi Rasid 🔴🔵Check out the interview with Safawi Rasid ahead of the first ACL match against Vissel Kobe 👊🏻#JDT #LuaskankuasamuJohor

Posted by JOHOR Southern Tigers on Saturday, February 8, 2020

Selain diundi bersama Vissel Kobe, JDT turut diundi bersama Suwong Samsung Bluewings (K-League) serta Guangzhou Evegrande (CSL).

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*