Negeri Sembilan lancar jersi musim 2020

NEGERI Sembilan melancarkan jersi rasmi mereka daripada jenama Admiral sambil memperkenalkan barisan pemain yang akan membawa cabaran pasukan itu untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2020.

Warna kuning sebagai jersi aksi tuan rumah, manakala berwarna oren akan dipakai ketika perlawnan di tempat lawan.

Skuad kendalian Sazali Saidun itu diperkuatkan oleh empat pemain import berpengalaman dengan tiga daripadanya berasal dari Brazil iaitu Matheus Vila (pertahanan), Jose Amir Neto dan Igor Luiz (penyerng) manakala seorang lagi berasal dari Jepun, Shunsuke Nakatake beraksi di posisi tengah.

Pengurus pasukan, Mohd Khairollah Abd Latif, berkata Negeri Sembilan sudah menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) musim ini iaitu layak ke Liga Super musim 2021.

“Pengurusan diperingkat tertinggi pasukan sudah menetapkan KPI itu dan kami akan pastinya ianya dapat dicapai.

“Setakat ini persiapan pasukan berjalan lancar dan baru-baru ini kita ada kem bina semangat selana tiga hari di Rembau.

“Selain itu empat aksi persahabatan turut diadakan dan kita sedang berusaha memastikan prestasi pasukan mencapai tahap terbaik sebelum tirai saingan bermula,” katanya kepada media selepas Tunku Besar Tampin merangkap Presiden Persatuan BolaSepak Negeri Sembilan (PBNS) Syed Razman Syed Idrus Al-Qadri, menyempurnakan majlis berkenaan.

Turut hadir, Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Presiden Persatuan Squash Malaysia (SRAM), Tunku Zain Al-’Abidin Tuanku Muhriz.Kira-kira 1,000 peminat setia skuad Rusa hadir menyaksikan majlis berkenaan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*