Faiz Subri kembali bangkit

Pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016, Faiz Subri menganggap jaringan yang dilakukannya bagi membantu pasukan NLFC-Mahsa ke pusingan pertama Piala FA 2020 sebagai satu titik permulaan positif untuknya membina kembali karier.

Kelab yang berstatus universiti itu menewaskan Kerteh FC 2-0 dalam aksi kelayakan yang berlangsung pada Ahad lalu menerusi jaringan Khairul Afandi Azaimi dan Faiz untuk mereka layak ke pusingan pertama.

Jelas bekas pemain Pulau Pinang ini, pada awalnya dia agak bergelut untuk mencari kembali rentak permainan selepas satu musim tidak beraksi namun penantiannya beraksi apabila berjaya mele dak gol pada minit-80 perlawnan.

Apa yang pasti, pemain berusia 32 tahun itu bertekad mahu membina kembali kariernya bersama-sama NLFC-Mahsa dan tidak kisah untuk bermula daripada bawah dalam saingan Liga M3.

“Ini memang permulaan positif untuk saya selepas menanti selama setahun untuk beraksi balik dan saya tidak akan sia-siakan peluang yang ada ini untuk buat terbaik kepada pasukan.

“Ikutkan hati, memang rindu sangat nak turun padang dan bila dapat menjaringkan gol pada perlawnan pertama itu memang saya berasa sangat teruja dan ini akan jadi satu motivasi terbaik untuk saya perbaiki prestasi.

“Apa yang penting, saya tidak boleh terlalu selesa kerana ini baru permulaan dan memang saya berazam untuk terus mencuba menjaringkan seberapa banyak gol yang termampu untuk musim ini”, Katanya.

Menjelang pusingan pertama Piala FA Malaysia 2020, NLFC-Mahsa dijadualkan bakal bertemu pasukan dari Liga M3, Harini KS FC dalam misi merebut slot ke pusingan kedua.

Faiz mengakui, semangat rakan sepasukan semakin melonjak untuk melangkah jauh bagi menempah pertemuan dengan pasukan elit lain baik dari CIMB Liga Super atau Liga Premier.

“Pasukan ini masih perlu mencipta persefahaman yang lebih tinggi dan sebenarnya banyak lagi yang perlu diperbaiki selepas dinilai perlawnan pertama tempoh hari.

“Namun, untuk pusingan pertama ini kami tahu peluang adalah 50-50 dan perlu berusaha sebaik mungkin untuk mara ke pusingan kedua kerana misi pasukan ini adalah untuk berentap bersama pasukan lebih hebat daripada Liga Super atau Liga Premier”, jelasnya.

Sebanyak 24 pasukan daripada Liga M3 dan Liga M4 telah pun diundi dalam Majlis Undian Piala FA Malaysia 2020 semalam bagi menghadapi perlawanan pusingan pertama Piala FA hujung minggu ini untuk merebut slot ke pusingan kedua.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*