JDT mahu dapatkan Sumareh?

Selepas mendapatkan khidmat pertahanan kanan Pahang, Matthew Davies kini pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) memberi bayangan untuk mendapatkan penye rang sayap skuad Tok Gajah pula.

Pemain itu tidak lain dan tidak bukan ialah Mohamadou Sumareh kelahiran Gambia yang juga merupakan pemain naturalisasi skuad kebangsaan. 

Ianya dikuatkan lagi dengan tindakan DYAM Tunku Mahkota Ismail ibni Sultan Ibrahim memuat naik sebuah gambar menerusi Instagram Story miliknya yang memaparkan lima orang pemain skuad kebangsaan.


Tangkap layar Instagram Story @hrhcrownpriceofjohor

Empat daripada lima pemain di dalam gambar tersebut merupakan pemain JDT iaitu La’Vere Corbin-Ong, Akhyar Rashid, Adam Nor Azlin dan Matthew Davies – pemain yang baru sahaja diumukan menyertai Harimau Selatan, semalam.

Hanya Mohamadou Sumareh sahaja yang merupakan bukan pemain JDT di dalam gambar tersebut dan Tunku Mahkota Ismail turut menyertakan caption, ‘JDT Family’ sedangkan Sumareh masih lagi mempunyai kontrak bersama Pahang.

Ramai pemerhati dan peminat sukan tempatan melihat ianya merupakan satu ‘hint’ yang jelas oleh baginda untuk membawa pemain tersebut ke Johor Bahru pada masa akan datang.


Foto: MFL

Walaupun sudah memiliki bintang muda, Safawi Rasid di posisi tersebut tetapi umum tahu pemilik pasukan berkenaan merupakan seorang individu yang tidak suka melihat pemain-pemainnya berada di dalam zon selesa apatah lagi posisi sayap kanan Harimau Selatan tidak dicabar oleh mana-mana pemain pada ketika ini dan menjadi milik mutlak pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu.

Tidak kurang juga yang melihat usaha Tunku Mahkota Ismail untuk mendapatkan Mohamadou Sumareh adalah sebagai ‘backup plan’ sekiranya Safawi Rasid mendapat tawaran berhijrah ke luar negara memandangkan nama dan kebolehannya semakin disebut-sebut oleh beberapa bekas pemain handalan dunia dan media-media antarabangsa.

Foto: Football Association of Malaysia (FAM)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : foxsports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*