Dua pengadil wanita akan digunakan dalam saingan Liga Malaysia

Persatuan BolaSepak Malaysia (FAM) mengesahkan akan mula menggunakan pengadil wanita dalam saingan Liga Malaysia mulai musim 2020 ini seperti yang diberitahu oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Md Dali Wahid.

Beliau juga turut menjelaskan bahawa 2 pegawai perlawnan itu terdiri dari seorang pengadil dan seorang pembantu pengadil yang akan mengendalikan perlawnan CIMB Liga Super atau Liga Perdana.

“Buat pertama kalinya pada tahun ini dua pengadil, seorang pengadil dan seorang pembantu pengadil wanita yang akan terbabit sama ada dalam Liga Super atau Liga Perdana.

“Ini salah satu usaha FAM untuk mengetengahkan pengadil wanita. Selain itu, kita ada 30 pengadil baharu yang akan diketengahkan untuk saingan Liga Super dan Liga Perdana tahun ini.

“Ini juga salah satu usaha kita untuk meneruskan kesinambungan pengadil tempatan dari dulu hingga sekarang,” katanya.

Walau bagaimanapun, Md Dali Wahid tidak dapat mendedahkan nama kedua-dua pegawai perlawnan yang terlibat dan mungkin akan diumumkan dalam masa terdekat.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*