Senarai rekod yang boleh dileburkan Liverpool musim ini

Setelah memecahkan beberapa rekod dalam satu musim ini. Pasukan Liverpool nampaknya masih boleh memecahkan lagi 13 rekod dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.

Pasukan terhebat di dunia itu bakal memecah kan lagi 13 rekod yang mungkin mampu untuk dipecahkan oleh mereka musim ini. Sekiranya berjaya ia adalah sesuatu yang sangat luar biasa.

Pasukan dibawah kendalian Jurgen Klopp kini selesa memimpin liga dengan kelebihan 25 mata di puncak Liga selepas kemenangan 1-0 ke atas Norwich City pada malam Sabtu lalu.

Memenangi gelaran Liga adalah sesuatu hal yang sudah hampir pasti untuk pasukan Liverpool lakukan pada musim ini.

Secara logik akalnya mereka sudah boleh dikatakan calon Juara Liga Perdana Musim ini.

Namun bukan itu sahaja yang boleh dicapai oleh skuad The Reds pada musim ini.

Selain memenangi Liga mereka juga bakal memecahkan banyak rekod dan mereka boleh memecahkan semua rekod itu dalam satu musim ini.

Disini saya akan senaraikan rekod-rekod yang boleh dipecahkan oleh pasukan Liverpool pada musim ini.

Senarai ini adalah rekod yang bakal dipecahkan dan tidak termasuk rekod yang sudah dipecahkan oleh pasukan yang telah menjadi juara dunia CWC pada Disember lalu.

1) Mengutip Mata Terbanyak

Liverpool hanya memerlukan 26 mata dari 12 perlawnan akhir mereka untuk menjahnamkan rekod ini. Sekiranya Liverpool mengekalkan rentak cemerlang mereka sudah pastinya mereka akan menjadi pasukan yang mengumpul mata terbanyak dalam sejarah Liga Perdana.

Rekod: 100 Mata

2)Juara Paling Cepat

Liverpool boleh meranapkan rekod ini dengan memenangi Liga perdana dengan penuh bergaya seawal 7 Mac. Dan mereka bakal menjadi pasukan pertama yang menjuarai Liga Perdana seawal itu dalam sejarah Liga.

Rekod terkini: 14 April

3)Baki Perlawnan Terbanyak

Liverpool boleh melakukan menjulang kejuaraan Premier League dengan jumlah baki perlawnan terbanyak dengan masih mempunyai baki sembilan perlawnan lagi.

Rekod terkini: Lima perlawnan

4)Jarak Mata Terbesar

Liverpool kini sedang mendahului tempat Premier dengan perbezaan 25 mata dengan pasukan tempat kedua. Jadi sekiranya Liverpool menang kesemua baki perlawnan, mereka sudah pastinya akan menjahnamkan rekod 19 mata ini.

Rekod semasa: 19 mata

5)Jurang Mata Terbesar dengan pasukan Tercorot

Liverpool kini sudah 58 mata dibezakan dengan Norwich City. Andai Liverpool menang semua baki perlawnan dan Norwich keciciran mata maka Liverpool dengan mudahnya akan memvsnahkan rekod 82 mata mengatasi penghuni dasar Liga ini.

Rekod semasa: 82 mata

6)Bolos Paling Sedikit Di Tempat Lawn

Liverpool setakat ini hanya bolos enam gol sahaja di tempat lawn. Dengan persembahan cemerlang yang ditunjukkan oleh benteng pertahanan Liverpool serta ketangkasan luar biasa yang ditunjukkan oleh Alisson, maka tiada masalah untuk mereka meranapkan rekod ini.

Rekod terkini: Sembilan gol

7)Kemenangan Berturut-Turut Terbanyak

Liverpool kini sudah mencatatkan 17 kemenangan berturut-turut dalam saingan Liga. Menang menang makan malam ayam dan terus menang tanpa mengenal erti kekalahan.

Melihat kepada laluan Liverpool dalam perlawnan minggu-minggu seterusnya tidak menjadi masalah untuk Liverpool memvsnahkan rekod ini dengan jayanya.

Rekod terkini: 18 Perlawnan

8)Kemenangan Di Halaman Sendiri Secara Berturut-Turut Terbanyak

Liverpool kini sudah mempunyai 20 kemenangan di Anfield dalam saingan Liga musim ini. Boleh dikatakan hampir kesemua pasukan yang bertandang ke Anfield sudah bersedia untuk kalah.

Liverpool terlalu kebal di kandang mereka sehingga mereka hantar pasukan remaja pun tidak boleh dikalahkan oleh pasukan lawn.

Jadi tidak hairanlah Anfield dianggap sebagai nera ka oleh pemain lawn.

Rekod terkini: 20 kemenangan

9)Kemenangan Terbanyak dalam satu musim

Liverpool kini sudah mencapai 25 kemenangan dalam satu musim setakat ini. Seperti semua sedia maklum Liverpool dengan kemenangan ni tak ubah seperti isi dan kuku.

Dengan taktikal serta perancangan bijak Klopp mereka pastinya bakal melupuskan rekod ini dari lipatan sejarah.

Rekod terkini: 32 kemenangan

10)Kemenangan Di Halaman Sendiri Terbanyak

Liverpool sudah mencatatkan 13 Kemenangan. Tiada yang mustahil untuk pasukan terhebat di dunia. Mereka jelas di landasan untuk terus menerus memburu kemenangan.

Nampak seperti sudah tidak ada pasukan Liga perdana yang mampu menjinakkan Liverpool di halaman mereka sendiri sekarang.

Diulangi lagi, Anfield adalah neraka buat pemain lawn.

Rekod terkini: 18 Kemenangan

11)Kemenangan Di Tempat Lawn Terbanyak

Liverpool pula kini sudah mencatat 12 kemenangan. Liverpool yang kini bukan lah seperti Liverpool yang dahulu. Kalau dahulu nak menang dekat halaman sendiri pun sudah membebankan.

Namun sekarang untuk menang, Liverpool boleh bermain di mana sahaja untuk menang. Selain Anfield, Liverpool sendiri kini juga sudah menjadi ner aka buat lwan.

Rekod kini: 16 Kemenangan

12)Juara Dengan Pemain Paling Muda:

Harvey Elliott boleh memenanginya ketika usianya 16 tahun 321 hari. Elliott sudah pernah bermain dalam kancah Liga Perdana musim ini. Kira rekod ini sudah menjadi milik Liverpool kan?

Walau beliau bermain sekitar satu atau dua minit dalam satu perlawnan, sekiranya Liverpool menjuarai Liga perdana beliau pasti akan menjadi pemain termuda untuk menjuarai nya.

Rekod terkini: 17 tahun, 350 hari (Phil Foden).

13)Invincibles

Liverpool kini 43 perlawnan tidak terkalahkan. Kalau sudah menetapkan untuk menang semua perlawnan mana mungkin mereka akan kalah.

Jadi untuk memecahkan rekod ini tidak akan menjadi masalah buat pasukan terhebat di dunia Liverpool.

Rekod terkini: 49 perlawnan

Perlawnan ke-26 musim ini menentng Norwich City telah berakhir dengan jaringan oleh Sadio Mane pada babak kedua perlawnan.

Mane masuk sebagai pemain gantian dan telah berjaya menjaringkan gol ke-100 beliau dalam Liga Perdana Inggeris.

Klopp memuji impak yang diberikan oleh pemain bintangnya terhadap permainan menentang Norwich City.

“Ia sangat membantu apabila anda memiliki pemain yang berkualiti di bangku simpanan untuk dibawa masuk. Sadio sepatutnya boleh memulakan perlawanan tetapi saya sendiri memilih untuk merehatkan beliau terlebih dahulu”.

Kata Klopp kepada salah satu lawan web rasmi Liverpool.

“Saya tidak terlalu berfikir tentang perlawanan ini, tetapi apabila dua pemain saya sudah pulih dari kecederaan seperti Sadio dan Fabinho, anda tidak fikir bahawa mereka boleh bermain dalam dua perlawanan”.

Untuk musim ini Liverpool sudah memecahkan beberapa rekod dalam semua kejohanan mereka sertai. Dan pasukan Liverpool pada musim ini adalah antara pasukan terhebat yang pernah ada di dalam Liga Perdana Inggeris.

Sekiranya Liverpool mengekalkan aksi hebat seperti sekarang sehingga akhir musim ini, maka tidak syak lagi mereka akan memecahkan semua rekod yang ada untuk dikenang sebagai sebuah pasukan terkuat di dalam lipatan sejarah Liga Perdana Inggeris.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*