Pemain tempatan vs pemain naturalisasi, siapa yang akan diberi keutamaan?

Setiausaha Agung Persatuan BolaSepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam menegaskan pihaknya tidak akan memba bi-buta dalam mengambil khidmat pemain naturalisasi bagi beraksi bersama pasukan kebangsaan.

Sebaliknya, pemain tempatan akan diberi keutamaan sambil menekankan pemain naturalisasi hanya akan dipertimbangkan jika pemain tersebut mempunyai kualiti serta menepati keperluan pasukan negara.

Sumber Gambar: FAM

 

“Tiada kuota, had atau apa-apa nombor dan tak pernah dalam jawatankuasa membincangkan satu nombor seperti kita nak lima atau 10 pemain naturalisasi.

“Hanya yang dibincangkan adakah pemain itu mampu menyumbang untuk pasukan kebangsaan atau tidak. Kalau tiada kualiti, kita tak ambil.

“Kita tengok apa keperluan kepada pasukan kebangsaan, bukannya bila ada pilihan kita nak ambil semua. Pasukan ini tetap pasukan Malaysia, pemain tempatan akan diberi keutamaan dan hanya ada kelemahan yang akan dipertimbangkan,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Liridon Krasniqi menjadi pemain naturalisasi kedua yang akan beraksi bersama pasukan kebangsaan. Sumber Gambar: FAM

 

Baru-baru ini, selepas Liridon menjadi pemain naturalisasi kedua, timbul cadangan agar FAM mempertimbangkan 10 lagi pemain bagi dijadikan pemain naturalisasi pada masa akan datang.

Namun, cadangan ini mendapat tentangan daripada peminat bola sepak tanah air dimana mereka mahu anak tempatan beraksi bersama pasukan negara.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*