Semoga lebih banyak pasukan miliki stadium sendiri – Datuk Hamidin

Presiden Persatuan BolaSepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berharap lebih banyak stadium yang dibina dan dimiliki sendiri oleh pasukan pada masa akan datang.

Datuk Hamidin berkata demikian setelah hadir pada majlis pelancaran Stadium Sultan Ibrahim semalam dan beliau nyata kagum dengan kualiti serta fasiliti yang ada di stadium tersebut.

Tahniah JDT atas Majlis Perasmian Stadium Sultan IbrahimPersatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengucapkan tahniah kepada…

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Saturday, February 22, 2020

“Kami di FAM berbesar hati menerima jemputan menyaksikan hari bersejarah JDT dan amat berharap selepas Stadium Sultan Ibrahim dan Stadium Tun Abdul Razak, akan ada lebih banyak stadium bolasepak yang dibina dan dimiliki oleh kelab bolasepak itu sendiri pada masa akan datang.

“Dengan fasiliti dan kemudahan yang ada, pastinya stadium ini menjadi mercu tanda JDT malah usaha ini mampu melonjakkan pembangunan bolasepak tempatan serta negara.

“FAM mengucapkan ribuan terima kasih di bawah jemputan dan sekalung tahniah kepada JDT dan JOHOR Southern Tigers atas perasmian stadium baharu, Stadium Sultan Ibrahim,” kata Datuk Haji Hamidin.

Sumber Gambar: FAM

 

Stadium Sultan Ibrahim menjadi stadium kedua yang dibina tanpa trek balapan selepas Stadium Tun Abdul Razak, Jengka.

Stadium tersebut akan membuat debut dalam saingan Liga Malaysia musim ini apabila JDT berdepan pasukan Kedah bagi merebut Piala Sumbangsih pada 28 Februari ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*