Pemeriksaan kali kedua Stadium Shah Alam masih gagal, ini penjelasan MFL

Kerosakan bumbung Stadium Shah Alam masih lagi perkara pokok yang perlu ditangani segera oleh perbadanan stadium, jika stadium itu mahu digunakan oleh Selangor bagi aksi Liga Malaysia 2020.

Ini berikutan pemeriksaan kali kedua dilakukan Malaysian Football League (MFL) ke atas Stadium Shah Alam, mendapati ia masih boleh diberi lampu hijau meskipun padang dan bilik persalinan sudah kelihatan bertambah baik.

“Kita telah meminta pihak operator stadium memasang jaring di bahagian bawah bumbung bagi mengelak ada sebarang serpihan jatuh. Kita akan membuat sekali lagi pemeriksaan pada 28 Februari dan tengoklah jika mereka dapat memenuhi semua kriteria yang ditetapkan.

“Aksi pertama bagi Selangor di Stadium Shah Alam adalah pada 7 Mac (menentng Perak) jadi masih ada masa untuk mereka melakukan apa yang patut,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Abd Ghani Hassan dipetik dari NST Online.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor, Dr Johan Kamal Hamidon memberitahu pihak Darul Ehsan Facilities Management telahpun mengeluarkan tender untuk kerja-kerja pembaikkan dan yakin Stadium Shah Alam akan siap dibaiki tepat pada waktunya.

Namun jika tidak sempat, Johan berkata venue alternatif bagi Selangor adalah Stadium Petaling Jaya di Kelana Jaya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : foxsports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*