Skuad Harimau Malaya berpeluang kaut hampir 40 mata FIFA ranking

Skuad Harimau Malaya dijadualkan akan mempunyai 3 perlawnan pada bulan hadapan dimana 2 daripadanya adalah perlawnan pusingan 2 kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023.

Menurut maklumat yang telah dikeluarkan oleh pihak FAM, skuad bimbingan Tan Cheng Hoe akan bertemu pasukan Bahrain terlebih dahulu pada 22 Mac 2020 sebagai persiapan terakhir sebelum berentap dengan pasukan UAE di Dubai pada 26 Mac 2020.

Manakala pada 31 Mac 2020 pula, pasukan Vietnam akan turun ke Stadium Nasional Bukit Jalil dan ini adalah perlawnan terakhir pusingan 2 kelayakan Piala Dunia 2022 ditempat sendiri.

Berdasarkan jadual perlawnan yang telah disahkan ketika ini untuk semua pasukan – Bahrain, UAE, Vietnam dan Malaysia, termasuk perlawnan persahabatan, Malaysia dijangka akan mampu mengaut kira-kira 39.22 mata FIFA Ranking sekiranya berjaya menang kesemua 3 perlawnan tersebut.

Jumlah mata tersebut bakal menjadikan Malaysia mengumpul kira-kira 1,079 mata dan berkemungkinan mampu melonjak ke ranking sekitar 135-145 dunia dari kedudukan semasa di 154.

Bagaimanapun, fokus utama adalah untuk melayakkan diri ke saingan Piala Asia 2023 secara automatik dan ia pasti akan secara langsung memberikan impak kepada kedudukan ranking FIFA Malaysia seterusnya mampu membawa kita ke kedudukan lebih terhormat.

Sama-sama kita berikan sokongan kepada pasukan Harimau Malaya untuk perlawanan yang akan datang ini.

 

Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*