Pemain PJ City FC tidak sehaluan dengan K.Devan?

Barisan pemain Petaling Jaya City FC dilaporkan tidak sehaluan dengan ketua jurulatih pasukan, K.Devan disebabkan taktikal yang digunakan oleh jurulatih itu sepanjang perlawnan pra musim.

Menurut laporan Harian Metro, masalah antara pemain yang tidak berpvas hati dengan K.Devan kini sudah sampai ke kemuncak.

The QI Group owned PJ City Football Club today unveiled our new Home and Away kit for the 2020 season. The new jersey…

Posted by PJ City FC on Thursday, February 20, 2020

“Pemain tak berpuas hati dengan jurulatih atas sebab taktikal serta sikap tak adilnya kepada pemain utama yang baru ditandatangani untuk musim ini.

“Masalah ini dah sampai ke pengetahuan pengurusan tertinggi pasukan dan jurulatih diberi peluang buktikan yang dia mampu bimbing pasukan dengan lima aksi awal Liga Super sebagai pemerhatian.

“Pihak pengurusan bimbang sebab semua pemain lahirkan rasa kurang senang dan risau pasukan tak pamerkan aksi terbaik hanya kerana jurulatih,” kata salah seorang sumber.

Sumber Gambar: PJ City FC

 

PJ City akan memulakan saingan Liga Super musim ini menen tang Felda United di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang pada Ahad depan.

Musim lalu, PJ City menamatkan saingan Liga Super di tangga ke-8 dengan mengutip 26 mata.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*