Ronaldo, Messi akhiri kerjaya dalam pasukan Beckham?

DAVID Beckham akan memastikan Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi menamatkan kerjaya mereka di Inter Miami di MLS.

Dan Adrian Heath tidak meragui bekas pemain Manchester United, Real Madrid dan England itu akan merealisasikannya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Happy to score again today! ⚽️⚽ 3 important points!💪🏽 #finoallafine #forzajuve

A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano) on

Beckham mempunyai hubungan yang kuat dengan bintang Juventus berusia 35 tahun, Ronaldo, yang mengintai peluang baharu sebelum bersara.

Pada usia 32 tahun, Messi dari Barcelona mempunyai lebih banyak masa, tetapi Heath percaya kedua-duanya boleh bermain di Miami.

“Saya mendengar akan ada sesuatu yang besar secara berperingkat, dan Ronaldo dan Messi adalah nama yang paling banyak saya dengar,” kata Adrian Heath yang merupakan bos Minnesota United.

“Ia akan menjadi luar biasa untuk bola sepak di Amerika Syarikat dan jika sesiapa yang dapat menjadikan impian itu menjadi kenyataan maka ia seharusnya David Beckham.

“Ia mungkin belum berlaku lagi, tetapi saya dapat melihat Ronaldo mengikuti jejak langkah Zlatan Ibrahimovic, Wayne Rooney, Steven Gerrard dan Frank Lampard bermain di MLS.

“Bagi Ronaldo dan Messi, dua pemain hebat ini sekiranya mereka datang ke MLS, ia akan menjadi Los Angeles dan Miami,” katanya. – Mirror

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*