Ditanya mengenai masa depannya, ini jawab Sumareh

Pemain penye rang sayap pasukan Pahang, Mohamadou Sumareh masih berteka teki tentang masa depannya.

Beliau menyatakan, buat masa ini, beliau mahu berahsia dahulu tentang perkara itu.

Spekvlasi bertiup kencang mengaitkan penye rang Harimau Malaya itu dengan penghijrahan ke pasukan lain untuk musim Liga Super 2020. Sedangkan Liga bakal bermula pada minggu hadapan.

Sumareh tidak mengiya dan tidak menafikan apabila ditanya sama ada beliau akan pergi meninggalkan pasukan Pahang.

Pemain kelahiran Gambia itu menegaskan fokus utama beliau sekarang adalah mempersiapkan diri untuk menghadapi musim baru.

Bercakap kepada Stadium Astro, Sumareh berkata: “Maaf, saya tidak boleh bercakap mengenainya sekarang. Ia perkara peribadi. Apabila sudah tiba masanya, lihat nanti. Saya meminta maaf,” katanya.


FOTO: FAM

Sumareh kemudian menyatakan kem pasukan Pahang ketika ini masih berse dih dengan pemergian kapten mereka Matthew Davies yang menyertai juara bertahan Johor Darul Ta’zim.

Beliau berkata: “Jelas sekali, kehilangan kapten dan rakan baik, ia menyen tuh em0si tetapi kami harus teruskan perjuangan. Kini, kami perlu fikirkan saingan liga, itu lebih penting.”

Sumareh menjadi rebutan banyak pasukan di Malaysia. Beliau merupakan pemain naturalisasi pertama untuk kem Harimau Malaya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : semuanyabola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*