Stadium Sultan Ibrahim dirasmikan dengan penuh gilang-gemilang

Juara Liga Super Malaysia enam musim berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) melakar satu lagi dimensi baharu dalam lanskap bolasepak tanah air selepas ‘laman baharu’ kelab tersebut, Stadium Sultan Ibrahim telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, sebentar tadi.

Majlis penuh gilang-gemilang itu turut diserikan dengan paparan ‘Virtual Reality’, memperlihatkan kewujudan dua ekor harimau yang seakan-akan berada di atas bumbung Stadium Sultan Ibrahim.

Selain itu, antara tarikan utama bagi majlis ini adalah kehadiran penyanyi antarabangsa terkenal, Leona Lewis.

Dua artis kelahiran Johor, Ayai Illusi dan Akim turut memeriahkan lagi suasana apabila menyampai beberapa buah lagu.

Tersergam indah di daerah Iskandar Puteri, Stadium Sultan Ibrahim pasti menjadi antara mercu tanda kegemilangan bolasepak JDT yang dirintis Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja.

Pembinaan stadium berkapasiti 35,000 penonton itu bermula pada 2016 dan selepas empat tahun, laman baharu itu sudah bersedia untuk menanti kunjungan Kedah bagi aksi Piala Sumbangsih pada 28 Februari ini.

Menarik untuk diperkatakan adalah Stadium Sultan Ismail menjadi satu-satunya stadium di Malaysia yang menggunakan rumput asli (Zeon Zoysia) dengan penyelenggaraan rapi oleh pakar kelahiran Jepun.

Dalam pada itu, stadium ini juga turut dilengkapi lampu sorot LED moden serta lampu bangunan pelbagai ritma dan warna yang mampu membuatkan pengunjung terpesona.

Untuk makluman, Stadium Sultan Ibrahim turut memiliki lapan buah bilik korporat yang bertema khas untuk memenuhi pelbagai keperluan hospitaliti.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*