Selangor berdepan Sarawak United, Amri Yahyah bakal jadi “game changer”

Pasukan Selangor bakal bertemu Sarawak United pada perlawnan pusingan kedua saingan Piala FA musim 2020.

Pada sesi undian yang berlangsung di Kota Damansara sebentar tadi, Selangor bakal menjadi tuan rumah kepada Sarawak United yang diperkuatkan oleh bekas pemain skuad kebangsaan, Amri Yahyah.

Undian penuh pusingan kedua Piala FA 2020. Sumber Gambar: MFL

 

Setelah berpisah dengan Selangor pada akhir musim lalu, Amri dikaitkan dengan beberapa pasukan seperti Perak dan Kelantan sebelum memutuskan untuk menyertai Sarawak United bagi menghadapi saingan musim 2020.

Amri membangkitkan ama rah penyokong Selangor dimana beliau membuat kenyataan yang mengatakan mana-mana pasukan yang akan disertainya musim ini, Selangor tidak akan berjaya meraih kemenangan.

Satu lagi perlawnan tumpuan ialah juara bertahan, Kedah akan melayan kunjungan juara edisi 2017, pasukan Pahang.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*