Tiga pemain baru perlu diikat United jika mahu kalahkan Liverpool dan City

Manchester United perlu tiga penandatanganan untuk mencabar Manchester City Dan Liverpool.

Robbie Savage telah membuat kenyataan yang berani dengan mengatakan, tiga pemain utama boleh mengubah Manchester United untuk menjadi pencabar paling berpotensi menentng Man City dan Liverpool.

Pasukan se tan merah telah berjuang untuk mengekalkan konsistensi musim ini kerana mereka dari awal musim sangat tidak konsisten. Menang dengan pasukan besar dan tewas kepada pasukan kecik. Kerana aksi tidak konsisten itu lah mereka gagal berada di tempat empat teratas dalam kedudukan Liga.

Tetapi Savage percaya bahawa Ole Gunnar Solskjaer memerlukan suntikan wang tunai sebanyak £ 250 juta bagi mengubah pasukannya menjadi persaingan yang kuat untuk Liverpool dan City.

Pundit berasal dari Wales yang berumur 45 tahun itu mahu bos United membawa pemain pertahanan bertaraf dunia, pemain tengah yang solid dan pemain penye rang yang baru di depan.

Savage mendedahkan dalam ruang beritanya  untuk Mirror harian bahawa setan merah memerlukan orang-orang seperti Kalidou Koulibaly dari Napoli’s, Jack Grealish dari Aston Villa dan Jadon Sancho dari Borussia Dortmund.

“Jika Solskjaer menerima suntikan dana £ 250 juta dan digunakan untuk menandatangani pertahanan tengah Kalidou Koulibaly, pemain tengah Jack Grealish dan Jadon Sancho di depan, Solskjaer akan mampu membuat Liverpool dan Manchester City berlari ketakutan musim depan,”

katanya.

“Pada permulaan musim ini, saya beranggapan bahawa United berada jauh di Liverpool dan City”.

“Tiga pemain itu sudah tentulah pemain yang paling diingini oleh pasukan lain, jika mereka dapat mengalahkan pasukan lain untuk mendapatkan pemain utama itu musim depan mereka akan julang piala liga dan Liga Juara-Juara.”

“Saya terfikir hal ini selepas perubahan yang dibawa oleh Fernandes ke dalam pasukan United. Jadi sekiranya United berjaya membawa lagi tiga pemain utama ke dalam pasukan untuk perpindahan musim panas nanti maka mereka akan kembali menguasai bolasepak dunia.”

“Sebelum anda bergegas ke papan kekunci anda untuk tidak bersetuju, pertimbangkan fakta-fakta ini terlebih dahulu. Musim ini, United telah mengalahkan Chelsea tiga kali, mereka telah mengalahkan City dua kali, mereka telah mengalahkan Tottenham. Dan mereka satu-satunya pasukan yang berjaya mencuri satu mata dari Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris.”

“Ia mengambil masa selama tujuh tahun, sejak persaraan Sir Alex Ferguson, untuk mencapai tahap ini, tetapi saya terfikirkannya sekarang. Dengan tiga penandatanganan besar musim panas ini maka Manchester United akan kembali dalam perniagaan.”

Sancho, 19, dilaporkan akan berhenti dari kelab Jerman pada musim panas dan telah dikaitkan dengan United.

Kapten Villa Grealish berusaha keras membantu pasukannya untuk mengelakkan penyingkiran musim ini, tetapi dia mungkin akan tergoda dengan perpindahan ke Old Trafford pada musim panas nanti.

Koulibaly telah dikaitkan dengan United sejak pemerintahan Jose Mourinho lagi, tetapi Napoli enggan menjual pemain pertahanan tinggi itu di bawah nilai £100 juta.

United kini berada di tangga keempat dalam liga dan tiga mata di belakang Chelsea. Mereka kini kembali merebut slot untuk layak ke Liga Juara-Juara secara automatik dan mereka mampu lakukannya.

Jika mereka layak bersaing dalam Liga Juara-Juara musim hadapan, maka akan memudahkan lagi mereka untuk memancing pemain-pemain besar bagi menyertai pasukan setan merah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*