Kedah terima tiket tambahan untuk Piala Sumbangsih 2020

Persatuan BolaSepak Kedah (KFA) menerima sebanyak 300 tiket tambahan bagi perlawnan Piala Sumbangsih 2020 menentng Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat ini.

Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Eksekutif KFA, Shahrul Shamsudin dimana jumlah tiket keseluruhan yang diperoleh oleh juara Piala FA 2019 itu adalah sebanyak 800 keping tiket.

Sumber Gambar: MFL

 

“Saya dimaklumkan Kedah menerima tambahan 300 tiket lagi bagi penyokong kami menyaksikan perlawnan terbabit.

“Terima kasih kepada pengurusan JDT yang mempertimbangkan rayuan untuk memohon lebih banyak tiket bagi penyokong Kedah,” katanya menurut laporan Harian Metro.

KFA sebelum ini meminta tambahan tiket sebanyak 500 keping tiket sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1000 tiket kerana permintaan tinggi daripada peminat setia pasukan.

Stadium Sultan Ibrahim dilancarkan secara rasmi semalam. FOTO: JST

 

Namun, mengikut kategori yang telah ditetapkan, stadium yang bawah kapasiti penonton 20,000, tuan rumah boleh memberi tiket kepada pasukan pelawat hanya 300 tiket sahaja.

Selain itu, stadium yang berkapasiti 20,000 hingga 40,000, tuan rumah dibenarkan sediakan tiket kepada pasukan pelawat maksima 500 tiket dan kapasiti stadium baharu JDT adalah 35,000, jadi KFA mungkin berkemungkinan besar tidak dapat mendapat 1000 tiket seperti yang diminta sebelumnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*