Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin sudah boleh digunakan

Skuad Terengganu FC (TFC) bakal kembali beraksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) selepas badan pengendali liga, Malaysia Football League (MFL) memberi kelulusan untuk dijadikan sebagai venue rasmi semua perlawnan CIMB Liga Super, Shopee Piala FA dan juga TM Piala Malaysia bermula musim ini.

Perkembangan itu diumumkan oleh laman facebook rasmi TFC setelah menerima surat rasmi daripada MFL.

🏴🏳️ STADIUM SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN TELAH DILULUSKAN UNTUK AKSI LIGA MALAYSIA MUSIM 2020 🏳️🏴Persatuan Bola Sepak…

Posted by Terengganu Football Club on Tuesday, February 25, 2020

“Pihak TFC merakamkan ucapan terima kasih buat pihak MFL dan juga kesemua jabatan dan pihak yang terlibat, terutama dari Kompleks Sukan Negeri Terengganu (KSNT) yang begitu bersungguh-sungguh memberikan komitmen dalam memastikan kesemua keperluan yang diperlukan lengkap dan mencukupi.

“Pihak TFC dan seluruh penyokong bolasepak negeri ini sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih buat kesemua jabatan dan individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan SSMZA kini kembali bergema,” kata kenyataan rasmi itu.

Padang di SSMZA sebelum ini sering kali dilanda masalah selepas cuaca hujan ekoran sistem saliran yang tidak sempurna dan merosakkan permukaan padang serta rumput setiap kali pemain beraksi.

Situasi itu menyebabkan skuad TFC terpaksa beraksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah sejak awal musim 2017 dan pada April tahun lalu, permukaan padang akhirnya diperbaiki dengan TFC menjadi perintis dalam usaha MFL meningkatkan kualiti padang venue semua pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim berharap peminat membanjiri SSMZA yang mampu memuatkan maksimum kira-kira 50,000 penyokong.

“ Setakat ini saya percaya dengan penyokong tetap akan beri sokongan pada pasukan walaupun daripada sudut keadaan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah lebih digemari kerana jarak padang lebih rapat dengan mereka untuk saksikan perlawnan.

“ Namun padang di Stadium Sultan Ismail berbeza dengan padang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin kerana corak yang diterapkan oleh jurulatih, Nafuzi Zain lebih sesuai menggunakan kualiti padang di sini,” katanya.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*