Aksi ke-13 Liga Super Malaysia menyaksikan pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) melayan kunjungan pasukan di tangga ke-2, Pahang di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin. Jaringan Hariss Harun pada minit ke-69 dan Akhyar Rashid pada minit ke-93 membolehkan JDT catat kemenangan 2-0 ke atas Pahang seterusnya memimpin Liga Super dengan kelebihan 8 mata.
Berikut adalah lima perkara yang kami dapati daripada perlawanan ini.
#1 Pahang sekadar mengharapkan kelebihan individu
Kedua-dua pasukan menamatkan babak pertama dengan skor 0-0. Setakat 45 minit pertama, Pahang beberapa kali mendapat peluang untuk melancarkan ser4ngan. Bagaimanapun, ser4ngan-ser4ngan Pahang mudah dikekang dan dipatahkan oleh barisan pertahanan JDT kerana meraka banyak mengharapkan kelebihan individu berbanding bermain secara berpasukan untuk memburv jaringan.
Mereka mengharapkan larian solo daripada Faisal Halim, kelajuan Mohamadou Sumareh serta Norshahrul Idlan Talaha dan Jose Eduardo untuk mengatasi pertahan l4wan. Beberapa bola lintang daripada Matt Davies gagal menemui sesiapa di dalam kotak penalti.
#2 JDT kuasai permainan, Akhyar Rashid tunjang kemenangan Harimau Selatan
Jelasnya, dalam 45 minit JDT menguasai permainan lebih baik berbanding Pahang. Malah, statistik separuh masa pertama juga menunjukkan perkara demikian. Kreativiti dan idea mereka di hadapan kotak penalti sangat baik. Apa yang menjadi pemisah untuk Harimau Selatan menjaringkan gol hanyalah ser4ngan yang kurang tajam dan ketangkasan Helmi Eliza dihadapan gawang.
Separuh masa kedua, bertitik tolak daripada kemasukan Akhyar Rashid, JDT menggandakan asakan. Beliau terlibat dalam kedua-dua gol yang dijaringkan oleh JDT. Gol pertama, Akhyar melorongkan bola kepada kapten pasukan, Hariss Harun. Manakala gol kedua hasil daripada kekalutan didalam kotak penalti Pahang dan beliau pantas merembat untuk menewaskan Helmi Eliza.
#3 Hariss Harun jaringkan gol pertama Liga Super 2019
Bermula daripada memenangi bola di kawasan Pahang, Hariss Harun terus melakukan lorongan kepada Akhyar Rashid di sayap kanan. Matyat yang baru sahaja dimasukkan pada minit ke-65 masih lagi ‘fresh’. Beliau dengan mudah melakukan larian mengatasi Faisal Rosli sebelum melakukan ‘crossing’ rendah kepada Hariss Harun untuk menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-69. Gol itu juga merupakan gol pertamanya dalam saingan Liga Super Malaysia musim 2019.
#4 Tanpa Dickson, Pahang bermasalah
Dickson Nwakaeme tiada dalam senarai 18 pemain pada malam ini. Nampaknya, penyer4ng Nigeria masih dalam kecedera4n selepas daripada perlawanan menent4ng Terengganu FC, saingan suku akhir lalu.
Di Larkin, ketiadaan beliau menyebabkan Dollah Salleh memberikan sandaran kepada Jose Eduardo dan Norshahrul Idlan Talaha. Gandingan ini sukar untuk menandingi barisan pertahanan dan penjaga gol JDT. Pahang hilang pemain yang mampu memberikan saingan fizikal dan melakukan percubaan disebabkan ketiadaan Dickson Nwakaeme seterusnya memberikan masal4h untuk mereka memburv jaringan.
#5 JDT selesa 8 mata di puncak Liga Super
Kemenangan 2-0 ke atas Pahang pada malam ini membolehkan JDT selesa memimpin Liga Super Malaysia musim 2019 dengan kelebihan 8 mata. Jumlah mata yang terkumpul oleh JDT ketika ini adalah 33 mata manakala Pahang pula kekal 25 mata di tempat kedua. Nampak gayanya, JDT berpeluang cerah untuk mengekalkan kejuaraan pada musim ini. Bagaimanapun, masih ada lagi lebih kurang 9 perlawanan untuk diharungi pada musim ini.
Foto: JOHOR Southern Tigers
VIDEO:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya
Sumber : FoxSports
Leave a Reply