‘Khamis ni bukan lagi masa untuk bereksperimen’ –

Pasukan Gajah Perang pasti menjadikan perlawnan di Stadium Nasional, Khamis ini sebagai medan membalas dend4m.

Peminat bola sepak Thailand masih terkesan dengan kejutan Harimau Malaya pada separuh akhir Piala AFF yang lalu.

Mereka sentiasa mengulangi kenyataan yang pasukan ketika itu bukanlah kesebelasan utama mereka.

Pengendali Thailand, Akhira Nishino juga mempunyai episod dend4m yang belum dilunaskan.

Dalam aksi beliau mewakili Jepun menent4ng pasukan Malaysia, beliau berjaya menjaringkan gol pertama Jepun dalam perlawnan tersebut.

Namun kesudahan perlawnan menyaksikan Malaysia berjaya menewaskan Jepun dengan jaringan 4-1.

Sudah pasti ‘dend4m’ peribadi atas kekalahan pada 1978 itu mahu dlunaskan kali ini.

Saya mengharapkan gandingan Syafik Ahmad dan Norshahrul Idlan Talha mampu dijadikan senj4ta ampuh Harimau Malaya mengasak kubu Gajah Perang.

Keuupayaan Syafik memecah kubu law4n serta kemampuan membuat percubaan solo pasti menjadikannya pilihan utama.

Ketajaman Norshahrul di depan pintu gol dengan pengalaman bermain di liga Thailand juga boleh digunakan sebaiknya oleh Tan Cheng Hoe.

Sentuhan ‘k1ller-pass’ dari Azam Azih dengan bantuan larian kemas Brendan Gan di bahagian jentera tengah boleh mengimbangi jentera tengah Thailand yang akan diketuai oleh Chanatip Songkrasin.

Ternyata gandingan mereka berdua yang kembali memberi ny4wa dalam perlaw4nan persahabatan dengan Tajikistan, Sabtu lalu.

Pertarungan Khamis ini bukan lagi perlaw4nan ujian untuk mencari keserasian gandingan baharu. Usah bereksperimen lagi wahai Cheng Hoe.

Bahagian sayap perlu memastikan larian deras Mohamadou Sumareh dan Safawi Rasid mampu memberikan tekanan kepada pertahanan Thailand.

Prestasi semasa Safawi yang cemerlang membantu JDT dalam perlawnan akhir berserta satu jaringan dalam aksi persahabatan pasti dalam perhatian pemain Thailand. – Oleh Muzaimi Izambri Mustafa (penyokong Harimau Malaya)

 

Sumber: BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*