Guardiola sanggup pecah tabung dapatkan Maguire

LONDON: Manchester City dilaporkan menggandakan usaha mendapatkan pertahanan Leicester City, Harry Maguire bagi menggantikan Vincent Kompany.

Difahamkan, Maguire menjadi sasaran utama Pep Guardiola apabila dia pernah dilihat memancing pemain Leicester itu ketika The Foxes bertandang ke Etihad  tempoh hari.

Sumber memberitahu bahawa Guardiola terpikat dengan Maguire ketika kemenangan 1-0 City ke atas Leicester awal bulan ini dan memuji cara pertahanan itu mengekang anak buahnya di Etihad.

Leicester pula enggan melepaskan Maguire yang baru saja menandatangani lanjutan kontrak selama lima tahun September lalu susulan kehebatan yang dipamerkan sepanjang mewakili England di Piala Dunia selain keinginan Manchester United yang menyatakan hasrat mendapatkannya.

Meskipun belum kedengaran perbincangan rasmi antara dua kelab itu, namun difahamkan City sanggup berbelanja besar bagi mendapatkan tanda tangan Maguire.

Kos mendapatkan pemain itu dijangka mencecah lebih £75 juta (RM413 juta) seperti dibayar Liverpool ketika mendapatkan Virgil Van Dijk.

Dalam pada itu, pengendali Leicester, Brendan Rodgers masih memerlukan khidmat Maguire dan akan meneliti setiap perkembangan ke atas pemain itu dengan cermat.

“Saya ada pengalaman apabila situasi pemain dikaitkan dengan pindah ke kelab besar dan cuba memberikan sokongan ke atasnya.

“Saya akan berbual dengan pemain sama seperti saya bercakap dengan anak saya sendiri.

“Saya akan beritahu mereka apa kemungkinan yang akan berlaku jika mereka kekal di sini dan apa yang bakal terjadi jika mereka pindah.

“Kemudian terpulanglah kepada mereka membuat keputusan, mereka adalah lelaki dewasa yang matang,” kata Rodgers.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

 

Sumber: Agensi 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*