Jovic mulakan ‘projek baharu’ kebangkitan Real Madrid

MADRID: Pembelian penyer4ng Serbia, Luka Jovic menandakan bermulanya ‘projek baharu’ buat Real Madrid ketika mereka cuba kembali berada di landasan kemenangan musim depan, kata presiden kelab, Florentino Perez hari ini.

Jovic, yang menyertai kelab itu dari Eintracht Frankfurt, ialah seorang daripada tiga pemain utama ditandatangani Real setakat ini selepas musim memalukan apabila mereka tidak menang trofi, memecat dua jurulatih dan menamatkan saingan 19 mata di belakang juara La Liga, Barcelona.

“Ini adalah permulaan projek baharu untuk musim depan,” kata Perez sebelum Jovic diperkenalkan kepada penyokong di Santiago Bernabeu selaku pemain Madrid.

“Kami tahu kami perlu bekerja keras kerana keputusan dicapai bukanlah sesuatu yang kami jangkakan.

“Kelab ini tidak pernah berputus asa dan kami akan membuktikannya. Ia sesuatu yang unik dan magis untuk menang empat gelaran Liga Juara-Juara dalam lima tahun… tapi kini kami ada tanggungjawab dan misi untuk kembali ke landasan kemenangan.”

Madrid juga sudah mendapatkan penyerang Belgium, Eden Hazard dari Chelsea dan pertahanan Brazil, Eder Militao dari Porto, manakala pertahanan kini Perancis, Ferland Mendy juga dilaporkan akan ke ibu kota Sepanyol itu dari Olympique Lyonnais. 

 

Sumber: Reuters via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*