Tinggalkanlah Kelantan jika sayangkan karier, jangan bakat pemain muda hilang begitu saja – Anuar Rajib

Kelantan pernah digelar sebagai gergasi bolasepak tanah air, kira-kira tujuh atau lapan tahun yang lalu.

Tahun 2009 – 2013 menjadi tahun gemilang mereka dengan pelbagai kejayaan diraih, termasuk treble bersejarah pada 2012 tetapi kini, entah terkena sump4han siapa, bolasepak negeri itu ibarat hidup segan mat1 tak mahu.

Deretan kontr0versi, kemelvt dan kecelarvan kepimpinan serta masalah kewangan ibarat sudah membunvh terus kemeriahan bolasepak yang ibarat satu fenomena di Kelantan suatu masa dahulu.

Dari sebuah pasukan yang gah memancing nama-nama besar dan melonjakkan karier ramai pemain tempatan, kini Kelantan menjadi antara destinasi perlu dijauhi jika seseorang pemain itu sayangkan karier, jika tidak mahu bakat berkubvr begitu sahaja.

Justeru, disebabkan itu juga, bekas pemain Kelantan, Anuar Rajib menasihatkan pemain-pemain muda negeri itu supaya berhijrah ke pasukan lain jika mendapat tawaran demi masa depan mereka.

“Situasi bola sepak Kelantan sekarang tidak banyak membantu pemain untuk lebih maju malah boleh menyebabkan karier mereka berkubvr jika terus kekal bersama The Red Warriors.

“Saya bukan berniat menghasvt pemain atau mahu memsab0taj pasukan negeri saya sendiri tapi sekadar menasihati demi masa depan mereka.

“Pemain seperti Nik Akif Syahiran (Nik Mat) sangat berbakat tapi dalam situasi bola sepak Kelantan sekarang, dia sekadar membunvh bakatnya sendiri jika mengambil keputusan untuk kekal di sini. Sama juga dengan pemain lain yang mempunyai potensi besar.

“Saya sendiri dulu meninggalkan Kelantan berhijrah ke Terengganu atas dua faktor iaitu meningkatkan permainan dan mencari kehidupan lebih selesa. Bagi saya sebagai pemain profesional, tidak ada istilah kesetiaan sebaliknya setiap peluang yang datang patut direbut. Ini adalah hakikat, pedulikan apa orang nak cakap.

“Kita lihat apa jadi pada Piya. Dia pernah tolak tawaran lumayan kerana terlalu sayangkan Kelantan, mahu berbakti kepada negeri sendiri tapi tengoklah apa jadi kepadanya. Dia sendiri mengakui dilayan seperti sampah.

“Jadi, kepada pemain muda, kalau dapat tawaran, jangan tunggu lagi, berhijrahlah kerana selagi KAFA berada dalam situasi sekarang, masa depan pemain tidak terjamin,” ujar Anuar Rajib yang juga merupakan timbalan presiden Persatuan Bekas Pemain Bolasepak Kelantan seperti dilaporkan Labola Malaya.

Kedengaran pahit tapi itulah hakikat, kata-kata Anuar Rajib ada benarnya. Bolasepak Kelantan menuju kemvsnahan, dalam tempoh hanya 20 bulan menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan, Bibi Ramjani Ilias Khan bukan sahaja telah meletakkan Kelantan di kedudukan paling tervk dalam tempoh hampir dua dekad, tetapi turut menjadikan KAFA tidak ubah seperti sebuah persatuan yang tidak ada hala tuju, sekadar menjadi bahan jen4ka orang ramai.

Pemain seperti Nik Akif Syahiran, Nik Azli Nik Alias, Imran Samso, Danial Hakim Draman, Shahrulnizam Ros Hasni mempunyai masa depan cerah dan mereka perlu berani mengikut jejak langkah ‘senior’ seperti Nik Shahrul Azim, Faiz Nasir, Qayyum Marjoni, Khairul Fahmi Che Mat dan ramai lagi untuk mencuba nasib di tempat baru.

Hanya itu sahaja pilihan terbaik jika mahu terus mengorak langkah dalam karier, tiada apa yang positif boleh diharapkan dalam situasi sekarang.

 

Foto : Kelantan FA

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : FoxSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*