Wilshere pernah menyatakan hasrat untuk bersara

LONDON – Jack Wilshere mengakui pernah mempertimbangkan keputusan untuk bersara selepas kerap dilanda keceder4an.

Pemain tengah West HAm berusia 27 tahun itu bergelvt dengan keceder4an sepanjang kariernya dan berada di tahap terbaik semasa bersama Arsenal.

Beberapa tahun terakhir di Emirates, dia berdepan masal4h keceder4an dan hanya beraksi dalam empat perlawanan Liga Perdana Inggeris bersama West Ham, musim lalu.

Wilshere mengakui, masal4h keceder4an memberi kesan besar kepada dirinya selepas dia terpaksa diketepikan daripada skuad Arsenal selama lapan bulan pada 2015.

Bagaimanapun, masal4h kesihatan anaknya, Archie yang ketika itu berusia empat tahun membuatkan dia mempertimbangkan hasrat untuk bersara.

“Ketika itu keadaan sangat sukar, saya sedang dalam perjalanan pulang dan tiba-tiba saya diberitahu anak saya terkena s4wan.

“Saya ingin lupakan bola sepak. Saya masih ingat kata-kata saya kepada isteri: ‘Saya tidak pasti sama ada saya boleh teruskan’.

“Saya jalani proses pemul1han untuk lima bulan pertama selepas itu saya tidak mahu teruskan. Saya kerap keluar masuk hospital kerana fokus saya adalah kepada anak saya. Ketika itu saya lupakan hubungan saya dengan dunia luar,” katanya.

Wilshere kembali cergas sepenuhnya pada penghujung musim lalu dan berada di bangku simpanan untuk West Ham dalam beberapa perlawanan.

“Saya mahu bermain selama mungkin kerana saya sayangkan bola sepak, ia adalah kehidupan saya.

“Ia juga kehidupan anak saya, keluarga saya, kami adalah keluarga bola sepak. Sasaran saya ialah kembali bersama pasukan dan menang sebanyak mungkin perlawanan,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber :AGENSI via UTUSAN ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*