Manchester United mula musim baharu EPL berdepan Chelsea

LIVERPOOL membuka tirai aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2019-20 bertemu pendatang baharu, Norwich City di Anfield.

Manakala Manchester United memulakan jadual perlawanan musim baharu dengan laluan sukar apabila  berdepan dengan Chelsea.

Ole Gunnar Solskjaer yang pertama kali menguruskan skuad utama Red Devils secara penuh bakal dihidangkan dengan perlawanan sukar di Old Trafford pada 11 Ogos ini berdepan dengan juara Liga Europa yang menamatkan saingan musim ini di tangga ketiga liga.

Manakala United mengakhiri musim 2018-19 di kedudukan keenam liga.

Sementara itu naib juara Liga Juara-Juara Tottenham juga berdepan dengan aksi sukar bertemu Manchester City dan Arsenal di tempat lawan. – Dailymail.co.uk

Jadual penuh perlawanan awal Liga Pertama Inggeris musim 2019-2020:

09/08 Liverpool lwn Norwich City

10/08 West Ham lwn Manchester City

10/08 Bournemouth lwn  Sheffield United

10/08 Burnley lwn Southampton

10/08 Crystal Palace lwn Everton

10/08 Leicester City lwn Wolves

10/08 Watford lwn Brighton

10/08 Tottenham lwn Aston Villa

11/08 Newcastle United lwn Arsenal

11/08 Manchester United lwn Chelsea

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*