Jorginho mungkin sertai Juventus

LONDON – Ejen kepada Jorginho mendedahkan ada kemungkinan besar pemain tengah Chelsea itu akan menyertai Maurizio Sarri di Juventus.

Ejen berkenaan Joao Santos berkata, biarpun pemain itu tidak secara rasmi meminta untuk berhijrah namun perpindahannya merupakan sesuatu yang tidak boleh diketepikan.

“Chelsea mengikat kontrak empat tahun dengan pemain tersebut dan kini kami masih menunggu beberapa hari lagi sebelum membincangkan mengenai isu berkaitan perpindahan.

“Buat masa ini, Jorginho memberitahu dia gembira bersama Chelsea,” kata Santos.

Pemain berusia 27 tahun itu dilihat tidak berupaya menyesuaikan diri dengan baik bagi saingan dalam kempen bola sepak Liga Perdana Inggeris sekali gus menimbulkan spekulasi dia mahu berhijrah kembali ke Serie A. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via UTUSAN ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*